Connect with us

Oh! Media

Samsung Galaxy S20 Akan Dilancarkan Februari Ini

Untitled2bdesign2b2528292529png

Umum

Samsung Galaxy S20 Akan Dilancarkan Februari Ini

Mesti ramai pengguna android dekat luar sana yang tertunggu-tunggu Samsung Galaxy S11 ni keluar kan? Apa yang Ohmedia tahu, kalini Samsung tak keluarkan S11. Mesti ramai yang kecewa kan? Sebenarnya, Samsung bukan berhentikan production untuk siri S ni, tapi dia menggantikan nama S11 tu kepada S20 sebab nak bagi selari dengan tahun 2020!

Baru-baru ni, ada tersebar mengenai rupa dan reka bentuk Samsung Galaxy S20+ 5G ni. Rupa bentuk kamera belakang agak pelik sikit lah kalau mengikut pandangan Ohmedia sendiri sebab ianya berbentuk segi empat dan ada empat lens gais, haha! Lain orang lain cita rasanya, jadi korang jangan salahkan Ohmedia sebab tak minat rupa dia tu okay! Lens kalini dikatakan 12MP 1.8μm dengan lensa sudut ultra lebar, telefoto dan mungkin lensa makro. Samsung juga mengekalkan skrin berlubang dekat bahagian atas dalam skrin untuk kamera hadapan. Apa yang menariknya, bezel kalini lebih nipis berbanding sebelum ni dan skrinnya tidak la terlalu melengkung seperti siri S sebelum ni dan dikatakan hampir rata sama macam Pixel 2 XL.

IKLAN

Apa yang kita tahu sebelum ni, untuk siri S yang paling tinggi dan mahal adalah variasi plus kan? Tapi ada ura-ura mengatakan yang kalini akan ada variasi baru iaitu Galaxy S20 Ultra. Untuk maklumat yang lebih tepat tentang S20 ni, kita sama-sama tunggu 11 Februari ni okay gais!

Sumber : Amanz

+ Baca respon pembaca Galaxy S20 akan dilancarkan di Facebook Oh! Media


Oh! Youtube


OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas