Connect with us

Oh! Media

Samsung Perkenalkan Galaxy M51 Dengan Bateri Sebesar 7,000mAh

B6a2f32c efc1 42f8 8279 396937b8462fjpeg

Umum

Samsung Perkenalkan Galaxy M51 Dengan Bateri Sebesar 7,000mAh

Salah satu aspek penting masa korang nak cari sesebuah telefon pintar mestilah bateri dia betul tak? Kalau korang nak tahu, Samsung baru jer melancarkan telefon pintar terbaru mereka iaitu Samsung Galaxy M51 dengan bateri sebesar 7,000mAh gais. Pergh! Confirm tahan lama kalau tengok movie atau main game ni.

Telefon pintar terbaru mereka ni didatangkan dengan skrin sebesar 6.7 inci Super AMOLED yang beresolusi 1080×2340 pixel. Menerusi GSM Arena, ia dikuasakan dengan cip pemprosesan Snapdragon 730G dengan memori 6GB RAM dan storage sebesar 128GB. Untuk cepatkan pengecasan, ia hadir dengan 25W fast-charging menggunakan USB Type-C.

Untuk kamera utama, ia dilengkapi dengan quad-kamera iaitu 64 megapixel sensor utama + 12 megapixel utrawide + 5 megapixel makro + 5 megapixel kedalaman. Untuk kamera depan pula hadir dengan 32 megapixel. Mesti telefon pintar terbaru Samsung ni menjadi salah satu idaman korang kan? Tunggu sehingga Samsung Malaysia umumkan tarikh ia akan masuk ke Malaysia nanti okay gais.

IKLAN

Kredit: GSM Arena

+ Baca respon pembaca telefon pintar twrbaru Samsung di Facebook Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas