Connect with us

Oh! Media

Umum

Samsung Galaxy M21 Hadir Dengan Bateri 6,000mAh Pada Harga Bawah RM1,000!

Dengan harga mampu milik, korang boleh dapatkan smartphone dari Samsung dengan bateri berkapasiti 6,000mAh pada harga RM899 jer guys. Smartphone ini masih belum dilancarkan di Malaysia, tapi korang dah boleh membuat pra-tempahan di Lazada bermula esok pada harga serendah RM699 dengan promosi 7.7 Midyear sale yang Lazada buat.

Samsung Galaxy M21 ni didatangkan dengan skrin sebesar 6.4 inci AMOLED beresolusi 1080×2340 pixel. Cip pemprosesan yang dikuasakan pula adalah Exynos 9611 dengan sistem Android 10. Untuk memori, ia hadir dengan 4GB RAM dan storage sebesar 64GB RAM. Bateri pada smartphone ini berkapasiti 6,000mAh bersama 15W fast-charging menggunakan USB Type-C.

IKLAN

Untuk kamera utama, Samsung Galaxy M21 ni dilengkapi dengan tri-kamera iaitu 48 megapixel sensor utama + 8 megapixel ultrawide + 5 megapixel kedalaman dan untuk kamera depan pula hadir dengan 20 megapixel. Smartphone ini didatangkan dengan dua pilihan warna iaitu Midnight Blue dan Raven Black.

Kredit: GSM Arena | Lazada

+ Baca respon pembaca Samsung Galaxy M21 di Facebook Oh! Media.

Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner

Berita Trending Setiap Hari
Dihantar Terus Kepada Anda

Kami bantu himpunkan berita paling popular setiap hari dan dihantar ke emel anda secara percuma. Langgan'lah sekarang!

Kami tidak spam anda! Baca privacy policy kami.

Ke Atas