Connect with us

Oh! Media

Sambut Ulang Tahun Ke-5 Kolaborasi Bersama, Acara KFC & Johor Motorsports Racing (JMR) Disambut Meriah!

KFC dan JMR sambut ulang tahun ke-5

Oh! Gear

Sambut Ulang Tahun Ke-5 Kolaborasi Bersama, Acara KFC & Johor Motorsports Racing (JMR) Disambut Meriah!

Siapa dekat sini minat dengan sukan perlumbaan kereta terutama mereka yang menetap di Johor Bahru, mesti korang tahu ada acara menarik yang baru saja berlangsung hari Sabtu baru-baru ni betul tak? 

ADVERTISEMENT

Haa, tak lain tak bukan acara sambutan ulang tahun ke-5 kolaborasi bersama antara KFC dan Johor Motorsports Racing (JMR) di KFC Stulang Laut, Johor Bahru, Johor. Fuhh, siapa yang datang ke acara ni mesti korang tau betapa meriahnya acara ni betul tak? 

Nak tahu apakah antara sorotan menarik berlaku semasa acara ini berlangsung, meh kami kongsikan!

Pelbagai Aktiviti Menarik Dijalankan, Acara Sambutan Ulang Tahun Ke-5 KFCXJMR Paling Dinantikan!

Untuk pengetahuan, KFC Malaysia dan Johor Motorsports Racing (JMR)  telah bekerjasama sejak 5 tahun lepas ke arah pembangunan Motorsports di Malaysia tau! 

Sukan ini sangat diraikan kerana ia telah menjadi tradisi yang dihargai dalam kalangan kerabat Diraja Johor sejak turun-temurun, bermula daripada Almarhum Sultan Ismail Ibni Almarhum Sultan Ibrahim, yang memiliki kereta model pelumba Mercedes sebelum berkembang menjadi Mercedes Benz. 

Sekarang, Yang Amat Mulia Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Hassanal Jefri Al-Haj ibni Sultan Ibrahim dan Yang Amat Mulia Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar Mahmood Iskandar Ibrahim Al-Haj ibni Sultan Ibrahim telah membangkitkan kembali semangat keluarga untuk berlumba.

Acara yang disertai adalah seperti Siri Le Mans Asia dan siri SRO GT World Challenge, dengan memandu Mercedes AMG GT3 yang dikuasakan oleh Triple Eight Racing, dan bersaing dalam kedua-dua siri kejohanan Asia dan Australia.

Sebagai sebahagian daripada inisiatif untuk meraikan kejayaan ini, pelajar-pelajar daripada beberapa buah universiti seperti Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, dan Kolej Vokasional Tanjung Puteri telah dijemput untuk diberi pendekatan tentang sukan perlumbaan kereta. Bestnya!

Dengan adanya inisiatif ini, ia bukan sekadar beri pendedahan, malah dapat menyuntik minat dan pemahaman lebih mendalam tentang sukan ini kepada golongan muda. 

Jadi, antara sorotan paling istimewa semasa acara ini berlangsung adalah sesi temubual bersama YAM Tunku Panglima Johor dan YAM Tunku Putera Johor. 

Menariknya, YAM Tunku Panglima Johor dan YAM Tunku Putera Johor berkongsi tentang perjalanan dan pengalaman peribadi sebagai inspirasi kepada pelajar-pelajar yang hadir tentang sukan perlumbaan kereta. Terbaiklah!

Bukan itu saja, terdapat juga pameran kereta lumba, Mercedes AMG GT3 yang digunakan oleh YAM Tunku-Tunku untuk perlumbaan serta terdapat pelbagai permainan interaktif menarik yang ramai orang ambil bahagian tau! Fuh, memang meriah tau guys!

Acara ini diakhiri dengan sesi ramah mesra dan sesi fotografi bersama YAM Tunku-Tunku, menjadikan ia sorotan acara yang paling meriah dan dinantikan! 

Sokongan KFC Malaysia kepada rakyat Malaysia terbukti melalui usahasamanya dengan  JMR sebagai bukti sokongan kepada atlet sukan di Malaysia manakala Kepci Music Fest menyokong bakat muzik tempatan.

Perjelaskan Alur Syarikat, KFC Buktikan Ia 100% Hak Milik Syarikat Malaysia

Selain sorotan acara, kami juga ingin berkongsi dengan korang tentang KFC beri penjelasan tentang alur syarikat mereka dan menunjukkan mereka adalah 100% milik syarikat Malaysia. Eh, ye ke?

Kalau korang nak tahu, syarikat KFC adalah sebahagian daripada QSR Brands yang mana   Johor Corporations, serta KWSP sebagai pemegang saham majoriti tau. Jadi, ia menjadikan KFC sebagai sebuah syarikat milik Malaysia sepenuhnya . 

Paling penting, KFC Malaysia turut menegaskan mereka tidak menyokong dan tidak menyumbang sebarang royalti kepada mana-mana badan yang berkaitan tau. 

Selain itu, KFC Malaysia tegas dalam membantah pembunuhan beramai-ramai, serta telah melakukan pelbagai inisiatif sebagai tanda solidariti, salah satu satunya adalah menangguhkan Kepci Music Fest (KMF) di Johor Bahru.

Selain itu, QSR Brands yang mempunyai lebih 30,000 pekerja dan 86% daripadanya adalah beragama Islam telah menyumbang lebih daripada RM62 juta dana kepada Zakat. 

QSR Brands yang memiliki KFC Malaysia juga merupakan peneraju industri makanan Halal di mana ia antara jenama makanan segera yang memiliki jumlah akreditasi Halal tertinggi di negara ini tau. 

Sekadar info, KFC Malaysia mempunyai lebih 770 restoran di seluruh negara, menjadikan ia jenama Malaysia yang benar-benar boleh diakses oleh semua rakyat Malaysia di seluruh negara.

Melalui Tabung Add Hope, KFC Malaysia telah menyumbang lebih daripada RM1.7 juta dalam tempoh 3 tahun kebelakangan ini dalam usahanya membantu masyarakat Malaysia yang kurang berkemampuan.. 

Jadi lepas ni korang dah tak perlu risau untuk berbelanja di KFC okay?

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi KFC atau ikuti media sosial KFC di Facebook dan Instagram

Lagi dalam kategori Oh! Gear

Ke Atas