Connect with us

Oh! Media

Bintang Singapore Idol Pula Ditemui Mati, Sempat Jemput Semua Ke Persembahan Terakhirnya

Umum

Bintang Singapore Idol Pula Ditemui Mati, Sempat Jemput Semua Ke Persembahan Terakhirnya

Nampaknya semakin ramai artis yang menggunakan alasan depresi untuk mereka membunuh diri. Seperti tiada jalan lain yang boleh diambil nampaknya ia seperti telah menjadi ikutan ramai orang. Jika sebelum ini kita mendengar berita kematian Sulli, Hara dan beberapa lagi artis Korea yang lain, tapi kini ia berlaku kepada artis Singapura pula.

ADVERTISEMENT

Samantha Lee, merupakan seorang bintang dari Singapore Idol dilaporkan mati pada Ahad lalu dan sempat menaikkan beberapa pesanan di laman Facebooknya sebelum membuat tindakan membunuh diri.

Samantha jemput semua ke persembahan terakhirnya.




Dari posting di atas, ia telah dilakukan pada hari kematiannya 22 Disember dan menjemput semua pengikutnya untuk pergi ke persembahan terakhirnya pada 23 Disember dan ini adalah bayangan bahawa satu majlis pengebumian selama 1 hari akan diadakan.

Saya tahu anda semua mengambil berat tentang saya. Terima kasih kepada semua yang telah membantu saya, saya mampu bertahan sampai sekarang. Tetapi anda tidak akan faham depresi saya kerana untuk memahaminya, anda perlu melaluinya, yang mana kalau boleh saya tak nak sesiapa pun rasainya. Saya tak salahkan anda untuk itu, tetapi saya akan salahkan anda sekiranya tulisan saya ini menjejaskan kegembiraan anda. Kita semua sudah buat yang terbaik tetapi saya masih tidak layak lagi berada di dunia ini lagi. Jadi, inilah ucapan selamat tinggal saya. – Kata Samantha.




+ Baca respon pembaca Oh! Media.


Oh! Youtube


Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas