Connect with us

Oh! Media

Saman RM300 Jika Langgar 6 Kesalahan Utama

14lipsdtransformedjpg

Umum

Saman RM300 Jika Langgar 6 Kesalahan Utama

Sempena sambutan Tahun Baharu Cina 2019 ini Ops Selamat Ke-14 akan dilaksanakan bermula pada 29 Januari hingga 12 Februari yang akan mengenakan saman serta merta RM300 kepada pemandu jika melangga enam kesalahan utama.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim, berkata antara kesalahan yang boleh dikenakan saman serta-merta ialah memandu di lorong kecemasan, melebihi had laju, memotong barisan, memotong garisan berkembar, tidak mematuhi lampu isyarat dan menggunakan alat komunikasi ketika memandu.

Langkah ini diambil untuk memberikan kesedaran kepada pemandu dan memastikan keselamatan di sepanjang musim perayaan.

IKLAN

“Kita menjangkakan berlaku kesesakan di beberapa lokasi tertentu disebabkan oleh pertambahan kenderaan kerana cuti perayaan Tahun Baharu Cina.

“Disebabkan itu, polis meningkatkan pemantauan bagi memastikan aliran trafik terkawal dan mengurangkan kadar kemalangan,” katanya.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas