Connect with us

Oh! Media

Saintis Sanggup Biarkan Tangan Digigit Ribuan Nyamuk

Ohmedia saintisjpeg

Umum

Saintis Sanggup Biarkan Tangan Digigit Ribuan Nyamuk

Menurut laporan Harian Metro, seorang Pakar Entomologi Universiti Melbourne Australia, Dr Perran Stott-Ross sanggup membiarkan tangannya menjadi hidangan 5,000 nyamuk betina sebagai bahan uji kaji bagi mencegah jangkitan demam denggi.

Oddity Central melaporkan bahawa Dr Ross telah menjalankan kajian sejak beberapa tahun lalu yang bertujuan untuk mencari langkah berkesan bagi mengelak jangkitan nyamuk Aedes yang boleh menjadi pembawa virus denggi itu.

Oleh sebab itu, dia menjadikan tangannya sebagai eksperimen untuk memerhati aktiviti nyamuk yang sedang menghisap darahnya walaupun dia akui gigitan nyamuk tersebut menyakitkan tetapi perlu mengelak daripada menggaru. Dia juga telah melakukan kajian tersebut sejak Mac lalu.

IKLAN

Kadangkala, gigitan itu amat menyakitkan jika terkena pada tempat tertentu, tetapi biasanya saya hanya rasa sedikit kerengsaan. Memang gatal, tetapi saya harus tahan menggaru terutama selepas digigit nyamuk. Kira-kira 5,000 nyamuk betina diberi makan darah dan 16 mililiter (ml) darah hilang,” ciapnya dalam salah satu gambar yang paling mendapat perhatian.

Geli betul bila Ohmedia tengok tangan saintis tu digigit dengan 5,000 nyamuk. Terbaiklah! Dr Ross sanggup membiarkan tangannya demi menjalankan kajian bagi mencegah jangkitan demam denggi.

OHMEDIA: SIAPA PERNAH KENA DEMAM DENGGI?

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.



🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Khai Hassan
Penjinak sepenuh masa di Oh! Media. Telah mencipta jenama ini sejak dari dalam perut mak lagi. Tak percaya tanya mak saya | Instagram
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas