Connect with us

Oh! Media

Rupa-rupanya Inilah Tujuan Servis RM50 Janna Nick

Umum

Rupa-rupanya Inilah Tujuan Servis RM50 Janna Nick

Pelakon terkenal, Janna Nick kini akhirnya menjawab kecaman dan komen negatif mengenai dirinya yang membuat servis ucapan hari lahir dengan bayaran RM50.

ADVERTISEMENT

Janna Nick menjelaskan bahawa, servis ucapan RM50 itu bertujuan untuk memberi sumbangan kepada golongan yang memerlukan. Janna Nick juga memberitahu bahawa hasil perkhidmatan itu akan dimasukkan ke tabung  Wish for Their Hope (WTFH) yang akan diagihkan kepada rumah anak yatim, kebajikan, gelandangan serta orang miskin.

“Idea merealisasikan WFTH dan #wishservicebyjannanick yang membawa misi membantu insan memerlukan diilhamkan sejak empat bulan lalu. Syukur hingga ini, khidmat itu sudah mengumpul kira-kira RM2,000 sejak diperkenalkan.”

“Sejak awal tahun lagi, saya sudah berniat untuk tidak memberi reaksi terhadap komen negatif, selain berazam memberi semula kepada masyarakat menerusi kerja kebajikan. Usaha ini sedikit sebanyak meringankan beban mereka.”

“Kunjungan di dua rumah kebajikan pada hari ini menjadi permulaan untuk aktiviti yang diharap dapat diadakan sebulan sekali. Insya-Allah, pada 14 Oktober ini, WFTH bakal mengunjungi gelandangan di sekitar ibu negara,” katanya.

Janna Nick juga menambah, sekiranya usaha begini memberi inspirasi kepada selebriti lain untuk membantu, kenapa tidak?

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas