Connect with us

Oh! Media

Rumah Anak Zahid Hamidi Dirompak, Kerugian RM25,000

ohmedia rumah anak zahid hamidi dirompakjpg

Umum

Rumah Anak Zahid Hamidi Dirompak, Kerugian RM25,000

Kediaman anak kepada Timbalan Perdana Menteri Malaysia, iaitu Nurulhidayah Zahid Hamidi di Country Height telah dirompak pada awal pagi semalam.

Kejadian mengakibatkan kerugian sekitar RM25,000 dan difahamkan ketika kejadian suaminya turut berada didalam rumah.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang, Supritendan Abdul Ghani berkata, dua suspek terlibat dalam kes pecah rumah itu dan kerugian dianggar RM25,000.

IKLAN

“Sekurang-kurangnya dua suspek terlibat dan mereka melarikan diri dari tempat kejadian tanpa menganggu isi rumah,” katanya.

Kejadian itu disedari oleh suami Nurulhidayah dan terus melaporkan pada polis jam 11 pagi.

Difahamkan, kes pecah rumah itu adalah kali kedua berlaku selepas April tahun lalu.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Khai Hassan Pengasas & Pengarah Oh! Media
Pengasas dan Pengarah Oh! Media sejak 2008. Telah mencipta jenama ini sejak dari dalam perut mak lagi. Tak percaya tanya mak saya.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas