Connect with us

Oh! Media

“Rujuk? Aku Nak Muntah” – Suami Datuk A.Aida

Umum

“Rujuk? Aku Nak Muntah” – Suami Datuk A.Aida

ADVERTISEMENT
Bekas suami kepada penerbit Datuk A.Aida iaitu Ariff Aziz seolah-olah memandang sinis cakap-cakap mengatakan mereka akan merujuk semula setelah bercerai secara baik pada 25 April lalu. Dalam satu muatnaik melalui Insta Stories di Instagram, Ariff menyertakan gambar dan video yang mengesahkan dirinya tidak ada niat langsung untuk memperbaiki hubungan mereka.
“Jap! peluang kedua? kenapa aku rasa nak muntah ni? Rujuk? Aku nak muntah,” tulisnya.
Perkahwinan A. Aida dengan aktor Ariff yang berusia sembilan bulan berakhir dengan perceraian pada April lalu. A Aida atau nama sebenarnya, Zaidah Awang memfailkan permohonan cerai pada 4 April lalu, sebelum disahkan berpisah pada 25 April lalu di Mahkamah Syariah Gombak Timur.
A. Aida dan Ariff diijabkabulkan dengan dua kali lafaz pada 21 Julai 2018 dalam satu majlis di Hotel Dorsett Grand di Subang Jaya, Selangor. Dalam satu kenyataan baru-baru ini, A. Aida menegaskan bahawa tiada lagi peluang kedua untuk bekas suami jika dia ingin merujuk kembali. Seolah-olah memberi respon kepada kenyataan itu, Ariff atau nama sebenarnya Wan Izma Ariff Abd Aziz, 30, berkata adalah lebih baik berdiam diri daripada bercakap buruk mengenai orang lain.
“Bercakap benar dan tak cakap buruk tentang orang adalah asas dalam kehidupan… bercakap satu benda buruk tentang orang akan menunjukkan berjuta kali keburukan kita, ingat tu adik-adik!
“Kita mesti hidup dengan asas hidup yang baik… just my 2 cents. Pepatah melayu mengatakan berdiam lebih baik daripada bercakap yang bukan-bukan,” tulisnya di kapsyen pada satu foto terbaharu yang dimuat naik di Instagram.
Sumber : New Malaysian Post

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas