Connect with us

Oh! Media

Ruhainies Selebriti Pertama Dipilih Menjadi Duta Produk Kecantikan Popular Korea

Branded

Ruhainies Selebriti Pertama Dipilih Menjadi Duta Produk Kecantikan Popular Korea

Solekan sederhana Korea merupakan trend terkini yang popular. Sesetengah rakyat Malaysia menggunakan solekan yang tebal dan tidak mampu melindungi kecelaan kulit wajah mereka. Oleh itu, kami syorkan Guerisson iaitu jenama produk kecantikan yang popular di Korea untuk rakyat Malaysia memiliki kulit yang cantik seperti warga Korea. Apa yang penting adalah penjagaan kulit yang baik untuk menikmati kehalusan kulit seperti mereka.




Guerisson sedang mencari mereka yang bertuah untuk mendapatkan ‘9Complex Cream’ secara percuma. Korang hanya perlu menyertai kontes mereka di ‘link’ Facebook : 9complex Malaysia dan Instagram: 9complex.my ni. Cubalah, mana tahu rezeki sudah di depan matakan!

Nak Kulit Orang Korea, Kenalah Guna Produk Korea ! Betulkan?

Guerisson, pencipta kulit tanpa cela adalah pilihan yang terbaik untuk membantu memperbaiki keadaan kulit kita. Guerisson terbukti mampu menyelesaikan pelbagai masalah kulit hanya dengan satu pilihan daripada tiga rangkaian penjagaan krim wajahnya. Wah, cuma satu sahaja untuk kulit mulus seperti orang Korea tau!


Fuh, Ruhainies Terpilih Menjadi Ikon Guerisson !

Siapa tak kenal dengan pelakon popular Ruhainies ni. Selepas Guerisson melantik pelakon popular Korea iaitu Lee Kwangsoo, Ruhainies pula telah diangkat sebagai duta Guerison di Malaysia. Bertuahnya Ruhainies ni, kerana ini merupakan kali pertama jenama produk kecantikan Korea yang popular melantik artis Malaysia sebagai duta mereka. ‘Don’t play play’ .. bukan sebarangan ya!

Ruhainies dipilih sebagai ikon kerana beliau amat teliti dan agak memilih dalam penjagaan kulit wajahnya. Sebelum bersetuju, Ruhainies sendiri mencubanya dan telah membuktikan bahawa wanita Malaysia juga boleh memiliki kulit bersih yang cantik tanpa perlu lagi bersolek seperti ‘Hantu Kak Limah’. Yalah, apabila dalaman kulit dah sihat, secalit gincu pun dah menaikkan seri wajah. Betulkan?


Jadi yang mana nak kita pilih? 

Guerisson Horse Oil Cream Trio didatangkan dengan tiga jenis krim. Kita cuma pilih satu yang sesuai mengikut jenis kulit wajah kita. Wah, jimat dan ringkas. Cuma satu sahaja!

Moisture Balancing Cream

Moisture Balancing Cream atau krim Pengimbangan Kelembapan Guerisson, sesuai untuk kulit berminyak, membantu menyeimbangkan minyak dan air di dalam kulit, demi mengurangkan lebihan sebum pada kulit. Juga membantu mengurangkan kesan jerawat dan sebagainya.

Renew Ginseng Cream

Renew Ginseng Cream atau Krim Ginseng Merah Guerisson, sesuai untuk kulit kering dan matang. Membekalkan khasiat premium kepada kulit, dengan mengembalikan tenaga kepada kulit agar kulit pulih seperti sediakala.

9Complex Cream

9Complex Cream atau Krim Kompleks Guerisson 9 sesuai untuk kulit kombinasi & kulit kering. Membantu membaiki kulit membekalkan kelembapan selama 72 jam.

Jadi bagi korang yang sudah tidak sabar memiliki kulit semulus orang Korea, boleh dapatkan segera produk ‘best lagi popular’ Guerisson di outlet Sasa yang berdekatan atau di mana-mana outlet Watsons yang terpilih. Untuk belian online, klik aja di sini : www.beautime.com.my.

Nak baca lebih lanjut dan mungkin pelbagai promosi selepas ini, boleh follow Guerision di Facebook: 9complexmalaysia atau di Instagram: 9complex.my

Comments

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas