Connect with us

Oh! Media

Ruhainies Bakal Menamatkan Zaman Bujang Bersama Kekasihnya

saya2btak2bboleh2bterima2bdia2bhanya2bsebab2brasa2bkasihan 2bbella2bastillah2b252882529png

Umum

Ruhainies Bakal Menamatkan Zaman Bujang Bersama Kekasihnya

Korang kenal tak pelakon yang iras ala-ala Nora Danish iaitu Ruhainies? Sekarang ini dia tengah bercinta dengan seorang jejaka yang bernama Mr E. Johan tau tetapi sis pun tak tahu siapa sebab Ruhainies memang sembunyi rupa dia di media sosial.

Dengar-dengar cerita Ruhainies dah bersedia nak jadi isteri dan bakal menamatkan zaman bujangnya dengan jejaka idaman dia selepas setahun diaorang bercinta. Walaupun diaorang dah bersedia untuk bergelar suami isteri tetapi diaorang ni masih belum ada ketetapan tarikh.

“Nantilah masa bertunang mesti akan tahu juga nama penuhnya. Apa yang boleh saya kongsi setakat ini nama dia Johan. Perkenalan kami sudah lama dan tak naklah bercinta lama-lama juga. Jadi sebelum berkahwin kami akan bertunang terlebih dahulu kemudian bernikah.

IKLAN

Tambahan pula, Ruhainies memberitahu yang dia belum pergi mengambil kursus kahwin dengan kekasihnya malah dia berkata bahawa kakaknya, Risteena yang sudah mengambil kursus kahwin tetapi tak ada sesiapa pun yang dapat mengecam kakaknya sebab dia memakai niqab.

“Kami masing-masing sudah bersedia cuma belum ada ketetapan tarikh untuk tunang dan nikah. Belum pergi kursus kahwin lagi, yang hari itu Risteena. Tak dapat cam kan? Sebab Ris pakai niqab,” katanya.

+ Baca respon pembaca di Oh! Media.


Oh! Makan


OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Khai Hassan Pengasas & Pengarah Oh! Media
Pengasas dan Pengarah Oh! Media sejak 2008. Telah mencipta jenama ini sejak dari dalam perut mak lagi. Tak percaya tanya mak saya.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas