Connect with us

Oh! Media

Rosyam Nor Kecewa dan Sedih Dengan Pelbagai Tuduhan Bagi Menjatuhkan Perniagaan Miliknya

Umum

Rosyam Nor Kecewa dan Sedih Dengan Pelbagai Tuduhan Bagi Menjatuhkan Perniagaan Miliknya

Sebentar tadi, Datuk Rosyam Nor yang merupakan pelakon, pengarah dah ahli perniagaan membuat sidang media bagi menjelaskan isu yang membabitkan dirinya dan ST Rosyam Mart yang kecoh menyatakan dirinya hanya dipergunakan cina sehiingga ada yang menuduhnya sebagai barua Cina.

ADVERTISEMENT

Walaubagaimanapun, dalam sidang media sebentar tadi, Datuk Rosyam menegaskan beliau adalah pemilik bersama perniagaan ST Rosyam Mart yang diusahakan sejak tahun lalu lagi. Rosyam yang kini memegang saham sebanyak 10 peratus itu dilihat kecewa dengan ada sestengah pihak yang menuduh dirinya.

“Saya amat kecewa dengan tuduhan dipergunakan seperti yang tular di media sosial. Untuk pengetahuan semua, saya pemegang saham 10 peratus syarikat ini.

“Saya tidak kisah orang kata saya bukan pemilik sebenar ST Rosyam Nor namun melabel saya seperti itu membuatkan saya sedih dan kecewa. Ada orang cakap saya hanya duta syarikat ini bukan pemilik, itu tidak benar,” kata pelakon filem KL Menjerit itu dalam satu sidang akhbar di pejabat Sri Ternak di sini sebentar tadi.

Kata Rosyam lagi, beliau turut bersedih apabila ada segelintir pihak yang cuba untuk merosakkan reputasi dirinya dengan menyebarkan berita yang tidak sepatutnya.

Dalam pada itu, Rosyam turut membuat laporan polis terhadap individu yang mendakwa dia dengan pelbagai tuduhan dan menuduh bapa kepada pengarah Sri Ternak Group, Ho Ah Chai bekerja sebagai pengedar dadah.

Menurutnya, dia terpaksa membuat laporan tersebut dan mengadakan sidang akhbar kerana berasa malu dengan rakan kongsinya disebabkan dakwaan tersebut.

“Saya terpaksa ambil tindakan membuat laporan polis sebab individu tersebut merosakkan nama Rosyam. Selain itu juga, saya turut buat laporan polis terhadap pemilik akaun Facebook bernama Mohd Fauzi yang menuduh bapa kepada Raymond, bekerja sebagai pengedar dadah.

“Sebelum ini saya tak pernah ambil tindakan biarpun ada macam-macam dakwaan sebelum ini mengatakan saya mencemuh kepimpinan Pakatan Harapan dan Perdana Menteri Malaysia.

Ini kami bawakan sidang media pada September lalu sebelum berlakunya pelbagai tuduhan yang kami lihat ada juga diantara mereka mengatakan Rosyam Nor menipu pembeli dengan menyatakan ST Rosyam Mart 100% miliknya, padahal Rosyam Nor sejak dari mula lagi tidak pernah berselindung tentang kerjasama yang dijalankan bersama Sri Ternak.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas