Connect with us

Oh! Media

Rosmah Buat Pemohonan Elak Kemukakan Isytihar Harta

Umum

Rosmah Buat Pemohonan Elak Kemukakan Isytihar Harta

Nampaknya Datin Seri Rosmah masih mencuba untuk mengelak apabila memohon untuk mengetepikan notis dikemukakan pihak pendakwaan untuk mewajibkan beliau mengisytiharkan perolehan hartanya.

ADVERTISEMENT

Rosmah yang diwakili Peguam Datuk Geethan Ram Vincent berkata anak guamnya Rosmah tidak boleh diminta mengisytiharkan perolehan harta dan dibicarakan membabitkan isu yang sama.

“Ini kerana beliau ada hak untuk mendiamkan diri. Dengan penerimaaan notis ini, bermakna hak itu sudah diambil dari anak guam saya.

Terdahulu dalam prosiding itu, mahkamah menetapkan pada 25 April ini untuk mendengar permohonan Rosmah supaya beliau tidak perlu menjawab notis pendakwaan berkenaan.

Turut mewakili Rosmah ialah peguam Datuk K Kumaraendran, manakala pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Datuk Mohd Dusuki Mokhtar.

Pada 4 Oktober lalu, Rosmah mengaku tidak bersalah atas 12 tuduhan kegiatan pengubahan wang haram membabitkan wang berjumlah RM7 juta dan lima tuduhan gagal membuat penyata pendapatan.

Sumber: Berita Harian

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.


Oh Media Gaming atau lebih dikenali dengan panggilan OMG merupakan sebuah lagi produk Oh! Media yang ditubuhkan atas dasar minat kami dalam dunia permainan video dan demi menyahut seruan dalam memajukan Sukan Elektronik (e-Sport) di Malaysia.

Banyak yang disediakan OMG hanya untuk korang merasai sendiri pengalaman bermain permainan elektronik seperti Playstation 4, Nintendo Switch, Xbox, Racing Simulator, NesClassic dan banyak lagi.

So, korang yang belum lagi sampai OMG tu boleh terus search Google Maps atau Waze “Oh Media Gaming” dan ikuti kami di Facebook Oh Media Gaming – OMG dan Instagram @ohmediagaming.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas