Connect with us

Oh! Media

RON97 Hadapi Kenaikan 3 Sen, Manakala RON95 Dan Diesel Kekal

Umum

RON97 Hadapi Kenaikan 3 Sen, Manakala RON95 Dan Diesel Kekal

Harga runcit petrol bagi 9 hingga 15 Mac ini menunjukkan kenaikan 3 sen bagi RON97 yang meningkat kepada RM2.46 seliter, manakala RON95 dan Diesel kekal pada harga semasa RM2.08 dan RM2.18 seliter.

ADVERTISEMENT

“Berdasarkan pengiraan di bawah formula Automatic Pricing Mechanism (APM), harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh 9 hingga 15 Mac 2019 sepatutnya adalah RM2.16 seliter dan RM2.38 seliter masing-masing.

“Bagaimanapun, harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh berkenaan dikekalkan pada paras RM2.08 dan RM2.18 seliter, berikutan keputusan Jemaah Menteri untuk menyekat kenaikan harga runcit produk petroleum demi mengurangkan bebanan kewangan rakyat,” kata Kementerian Kewangan.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.


Oh Media Gaming atau lebih dikenali dengan panggilan OMG merupakan sebuah lagi produk Oh! Media yang ditubuhkan atas dasar minat kami dalam dunia permainan video dan demi menyahut seruan dalam memajukan Sukan Elektronik (e-Sport) di Malaysia.

Banyak yang disediakan OMG hanya untuk korang merasai sendiri pengalaman bermain permainan elektronik seperti Playstation 4, Nintendo Switch, Xbox, Racing Simulator, NesClassic dan banyak lagi.

So, korang yang belum lagi sampai OMG tu boleh terus search Google Maps atau Waze “Oh Media Gaming” dan ikuti kami di Facebook Oh Media Gaming – OMG dan Instagram @ohmediagaming.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas