Connect with us

Oh! Media

Romelu Lukaku Kembali Ke Pangkuan Inter Milan Secara Pinjaman

Romelulukaku

Oh! Tidak

Romelu Lukaku Kembali Ke Pangkuan Inter Milan Secara Pinjaman

Romelu Lukaku akhirnya pulang ke pangkuan kelab Itali, Inter Milan selepas melengkapkan perpindahan secara pinjaman bagi tempoh semusim.

BACA: Messi Rupanya Pernah Pujuk Sadio Mane Tinggalkan Liverpool Dan Sertai Barcelona

Selepas setahun menyertai Chelsea dan gagal mempamerkan prestasi cemerlang, penyerang antarabangsa Belgium itu kini kembali ke Inter Milan selepas Chelsea bersetuju dengan perjanjian pinjaman sebanyak lapan juta euro (RM36 juta) serta potensi pertambahan bonus sebanyak tiga juta euro (RM13 juta).

IKLAN

Kepulangan Lukaku itu diumumkan melalui satu ciapan dibuat melalui Twitter rasmi kelab bolasepak yang berpangkalan di San Siro itu.

Pemain berusia 29 tahun itu dilaporkan menerima potongan gaji sebanyak 8.5 juta euro (RM39 juta) sepanjang tempoh pinjaman di Inter dan akan mengetuai serangan kelab itu yang mahu merebut kembali gelaran Seria A bagi kempen yang akan datang.

Menurut Harian Metro, Inter dan Chelsea juga bersetuju untuk melanjutkan tempoh pinjaman untuk semusim lagi sekiranya perpindahan itu berjaya.

Dalam pada itu, Lukaku memaklumkan bahawa dia ‘sangat gembira’ untuk kembali semula ke San Siro.

Ia benar-benar beremosi. Sudah banyak Inter berikan kepada saya dan saya harap mulai sekarang saya boleh melakukan lebih baik daripada sebelumnya… Saya tidak meninggalkan rumah saya apabila saya berlepas ke England

Harap-harap dengan perpindahan pinjaman ni, Lukaku dapat menemui kembali rentaknya sebagai seorang penyerang yang hebat.

Kredit: Harian Metro | Twitter Inter

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Ilyasha Amirul
Ilyasha, bekas penulis sambilan di Oh! Media, mahir menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, meninggalkan impak melalui kandungan yang relevan dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas