Connect with us

Oh! Media

Romano Fenati Terima Padah Apabila Tekan Brek Pelumba Lain

0 mgp chp 090918bikes 3542bikejpgjpg

Umum

Romano Fenati Terima Padah Apabila Tekan Brek Pelumba Lain

Kerana menekan brek pelumba lain ketika pelumbaan Moto2 di GP San Marino, nasib Romano Fenati bagaikan jatuh ditimpa tangga.

Fenati bukan hanya digantung dua perlawanan oleh MotoGP, bahkan beliau turut disingkir pasukannya Marinelli Snipers dalam baki saingan Moto2 musim ini.

Tidak cukup dengan itu, pasukan baharu yang bakal diwakilinya musim depan iaitu MV Agusta turut mengambil pendekatan sama dengan membatalkan kontrak pelumba kelahiran Itali itu berkuatkuasa serta-merta.

IKLAN

Fenati secara peribadi telah tampil memohon maaf dan meluahkan kekesalan di atas perilaku buruknya itu.

“Saya meminta maaf kepada semua yang terkesan terhadap insiden ini. Kalau boleh, saya juga berharap kejadian itu sebagai satu mimpi buruk. Bila mengingati detik-detik itu, saya sangat malu dan saya tahu saya bukanlah seorang lelaki sejati.

“Saya menyesal kerana saya tidak sepatutnya memberi reaksi keterlaluan terhadap insiden yang berlaku sebelum itu. Itu bukan peribadi sebenar saya.

“Dalam karier saya, saya selalu menjadi  pelumba yang baik dan musim lalu saya tidak dikenakan walau satu penalti pun. Saya sedikit pun tidak berniat mencederakan pelumba lain seperti yang anda lihat hujung minggu lalu, cuma mungkin situasi pada waktu itu agak bercelaru untuk saya.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas