Connect with us

Oh! Media

Susulan Kes Kaki Murid Terpaksa Dipotong, Ini Respon Pengetua Sekolah Terbabit

Umum

Susulan Kes Kaki Murid Terpaksa Dipotong, Ini Respon Pengetua Sekolah Terbabit

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan kejadian seorang pelajar sekolah tahfiz terpaksa dipotong kedua-dua belah kakinya akibat daripada disebat oleh seorang warden menggunakan getah paip. Kejadian ini mendapat perhatian seluruh rakyat Malaysia yang menyelar tindakan tidak terkawal warden tersebut sehingga akhirnya telah memusnahkan kehidupan pelajar tersebut.

ADVERTISEMENT

Kami menerima salinan berkenaan jawapan ataupun maklumbalas yang diberikan oleh pengetua sekolah berkenaan. Jelas sekali ianya tindakan tidak bijak oleh seorang warden dan tidak sama sekali mewakili sebuah organisasi termasuklah pengetua sekolah tersebut, para guru, juga semua sekolah tahfiz lain di Malaysia yang terpaksa menerima tempias yang sama akibat perbuatan warden berkenaan.

Berikut merupakan kenyataan dari pengetua Sekolah Thaqif MTAJ (dari group whatsapp):

Assalamualaikum.

Saya tahu ramai sangat yg sedang argue. Tentunya.. Ramai yang minta penjelasan. Penjelasan yang macammana saya boleh buat? Kerana saya tak mahu dilihat sedang membela diri.

Demi Allah.. Sayalah org yg paling sayu hati dan terkilan semalam. Saya dapat tahu dari Pegawai Jabatan Agama Johor.

Thaqif masuk ke MTAJ batch kedua pd bulan feb2017. Dia lalui 40 hari pertama dgn kesukaran untuk serasikan diri. Tapi kami usahakan juga. Setiap hari didampingi… Sesekali kena marah, rasanya biasa. Rotan jauh sekali.

31 March 2017, jumaat, bonda thaqif datang nak berhentikan dia. Kerana thaqif kata disebat guna getah paip di tapak kaki.

Saya tak dapat beri sebarang penjelasan ketika itu kerana kena buat siasatan terlebih dahulu. Jadi petang jumaat tu thaqif dibawa balik. Masih boleh jalan sendiri. Sy memang ralat sgt tak peluk thaqif petang tu. Padahal beberapa kali saya pujuk dia dalam pelukan sebelum ni.

Siasatan kita dapati. Memang benar. Syafiq, pembantu warden ada sebat pelajar guna getah paip di tapak kaki. Saya sangat marah kerana mengapa getah paip… Saya buat teguran dan beri amaran.

Sebilangan pelajar dipanggil, diperiksa kaki. Alhamdulillah.. Tiada kecederaan. Dan pelajar terlibat terima keadaan tu bila syafiq minta maaf pd semua lepas syafiq ditegur. Guru2 kanan semua buat teguran. Tanda kami tak terima kaedah getah paip tu. Cuma masa itu kita terima permohonan maaf kerana puas hati bila tiada kecederaan pd fizikal pelajar.

Kejadian berlaku empat hari sebelum thaqif berhenti iaitu 28march. Hari2 selepas itu pun, kita dapati pelajar tiada yg mengalami kecederaan.

Saya panggil ke mesyuarat. Sy ulang dalam mesyuarat. Dasar MTAJ sangat berhati2 dgn menghukum pelajar. Petang thaqif berenti kami pemegang amanah terus mesyuarat utk tambah warden baru yg lebih dewasa dgn harapan pertimbangan akan lebih banyak.

Selepas itu masa berlalu… 20 hari thaqif dirumah.

Saya dapat makluman thaqif warded 19april 2017. Dan jadi lebih kritikal…

Kerana itu sy tak dapat jawab. Semua menuggu laporan perubatan. Polis pun menunggu laoran perubatan.

Syafiq digantung tugas serta merta.

Kami komited utk beri kerjasama. Saya dapat tahu jam 6.00ptg. Lepas maghrib sy gerak ke HSI. Satu malam sy tak lelap.. Memikirkan thaqif. Harini saya tak putus berhubung dgn ayah bonda thaqif.

Sy di madrasah solah hajat dgn pelajar. Kami doa panjang mtk Allah beri keajaiban. Mintak Allah beri yang terbaik.
Saya mohon maaf kerana tak dapat beri jawapan buat masa ini. Siasatan sedang dijalankan….

Syafiq salah kerana memilih getah paip.. Memang salah. Tak pasti apa yg dia fikir. Tapi sy terima kemudian bila kadar nya tidak sepatutnya mencederakan pelajar. Allahu mustaan.

Saya harap, tuan puan beri ruang pd Madrasah. Sikap individu tidak patut membusukkan madrasah secara keseluruhan. Apa lagi madrasah2 yg lain yg tak terlibat pun. Bila orang ramai turut memandang serong pd institusi madrasah. 😭😭😭😥😢😢

Mohammad Afdhaluddin Bin Ismail
Pengetua MTAJ

Kesiannya pada adik ini. Berikut adalah perkembangan terkini adik Thaqif;

Hari Ke2 – 20 April 2017
Selepas pembedahan kaki ptg semlm..keadaan Thaqif tak stabil…buah pinggangnya tak dpt berfungsi dengan baik dan proses pembekuan darahnya agak lambat..maybe disebbkn kuman dr kakinya..

Hari Ke3 – 21 April 2017
Keadaan makin worst…keadaan otot2 kaki sudah mati… pagi ni doktor decided utk potong kedua2 belah kakinya…that the best way 4 this time..satu cara utk elakkan dialisis buah pinggangnya..

Petang hari ke3 – 21 April 2017
Alhamdulillah pembedahan selesai. Kedua2 kaki telah dipotong.. doktor maklumkan kini kuman dah merebak ke tangan pula..

Hari ke4 – 22 April 2017
Semalam lps potong kaki… tangan kanan dh mula bengkak dan kehitaman…Awal pagi tadi.. doktor minta kebenaran…utk belah tangan Thaqif bagi kurangkan tekanan… kuman merebak sgt cepat….Sya dh redha apa jua ketentuan Allah….

Mohon doa rakan2…agar proses pembedahan kedua ni selamat dan dpt memberi impak positive pd buah pinggangnya..dan pulih semula. #DoakanAdikThaqif

+ Baca Respon Orang Ramai di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas