Connect with us

Oh! Media

Gelak Terbahak-Bahak! Ini Respon Jujur Kami Lepas Menonton Filem Surf This Love

Branded

Gelak Terbahak-Bahak! Ini Respon Jujur Kami Lepas Menonton Filem Surf This Love

Filem Surf This Love sedang ditayangkan di pawagam ketika ini. Memandangkan memang tak banyak cerita dalam atau luar negara yang best sekarang ni, jadi tak hairanlah bila Surf This Love menjadi fokus dan pilihan ramai penonton di Malaysia ketika ini.

Ohmedia Pergi Tengok!

Ohmedia sendiri mempunyai sedikit penglibatan dalam filem ini. Taklah banyak mana pun tetapi cukup dengan usaha memberikan sokongan agar filem yang sebaik ini tidak terlepas dari mata para penonton filem di Malaysia.

Walaupun dah menonton masa gala night tempohari (3 orang krew), semalam semua krew Ohmedia seramai 8 orang pergi panggung lagi untuk menonton. Bila ramai-ramai tengok ni, baru kami bincangkan pasal filem ni untuk kongsi dengan korang.

Terkadang, ada filem yang macam sampah tapi disebabkan mereka banyak bajet untuk iklan sini dan sana, maka penuhlah rakyat Malaysia pergi menonton lepas tu maki-hamun kecewa. Jangan pandang filem yang kurang promosi ni tak ada mata. Contohnya filem Jibam yang mendapat kutipan mengecewakan awal tahun ini, tapi ianya sebuah filem yang sangat best cuma kurang promosi sahaja.

Ada dua jenis produksi di Malaysia ni. Produksi yang habiskan banyak duit mereka untuk membangunkan filem yang baik hingga tak ada lagi bajet untuk marketing, dan satu lagi jenis produksi yang minimakan bajet buat filem tapi lebihkan duit untuk marketing bagi mengutip keuntungan berganda-ganda.

Jadi fikirlah sendiri.

Respon Oh! Media Sendiri

Respon kami untuk filem Surf This Love ini mudah sahaja. Ini filem Melayu yang totally berwajah Malaysia yang sangat menghiburkan dan sangat berani mengenengahkan “Sub-Culture” sukan luncur air yang memang lain dari lain. Filem ni sikit pun tak rasa bosan. Orang kata “bosanlah asyik pasal cinta”. Hurm, filem ni memang ada pasal cinta (kerana cinta dan manusia tak boleh dipisahkan) tapi dalam filem ni bukan sekadar cinta bodoh budak-budak muda terencat akal wei. Cinta yang diketengahkan dalam filem ni lebih kepada persahabatan dan kekeluargaan yang sangat menyentuh hati.

Bagaimana filem ni mengajar kita tentang alam semulajadi juga buat kami mindblown. Sinematografi dia yang power dan cantik gila ditambah dengan dialog pelakon (terutamanya Pekin) yang sangat deep menyentuh tentang alam buat kami terkesima.

Lawak? Yes memang lawak. Walaupun jarang kita tengok Shukri Yahaya berlakon lawak, tapi dalam filem ni dia memang sempoi dan mampu buat kita semua ketawa terbahak-bahak tengok gelagat dia. Pelakon lain pun semua sempoi je berlakon pendek kata filem ni dari segi lakonan dan skrip tu memang king la!!

Orang tanya Ohmedia, filem ni berat ke? Kalau berat taknak la sebab nak ejoy. Kami jawab yang filem ni ringan dan fun! Kalau expectation korang nak sakit-sakit kepala fikir pasal isu dalam filem ni, korang akan kecewa sebab memang tak ada apa yang nak difikirkan dalam-dalam sebab  filem ni lebih kepada santai dan enjoy je bila menonton tapi dalam masa yang sama masih buat korang berfikir tentang ini dan itu. Seronok cuci mata! Cantik laut kat Tioman tu haaa. Haha.

Patut Tak Pergi Tengok?

Best kalau korang tengok ramai-ramai dengan kawan-kawan ke atau paling tidak dengan pasangan. Barulah ada kawan nak gelak. Hehe. Kalau korang tak lokek duit nak keluarkan untuk sokong filem tempatan kita, pergilah tengok filem ni.

Korang tak akan rasa rugi duit yang dikeluarkan tu dan berbanggalah kerana menjadi sebahagian penonton filem Melayu dikala kebanjiran filem luar pada masa ini. Kalau bukan kita nak menyokong filem kita, takkan rakyat German pulak nak tengok filem Melayu. Hehe!

So itu ajelah yang nak Ohmedia kongsikan. Tulis panjang-panjang karang korang kata kami kipas lebih laa, dibayar laa. Hurm, apa pun tak boleh. Senang cerita pergilah tengok kat wayang selagi filem ni ada ditayangkan sebagai sokongan untuk team produksi hebat seperti mereka ni terus berkarya.

– KH

Comments

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas