Connect with us

Oh! Media

“Manusia Sebaik-Baik Kejadian, Tidak Perlu Tukar Dengan Cara Lain” – Menteri Agama

Umum

“Manusia Sebaik-Baik Kejadian, Tidak Perlu Tukar Dengan Cara Lain” – Menteri Agama

Tadi Ohmedia kongsikan pandangan dari PU Syed berkenaan aplikasi FaceApp yang dikatakan haram untuk kita gunakan jika berniat untuk menukar wajah lelaki kepada wanita, dan wanita pula mengubah wajah kepada lelaki walaupun hanya berniat suka-suka.

ADVERTISEMENT

Aplikasi ini dahulunya sudah pernah viral tetapi kembali dimainkan semula, terutama dari kalangan artis.

Jadi, Ohmedia bawakan pula pandangan dari bekas Mufti Wilayah Perseketuan yang kini memegang jawatan sebagai Menteri Hal EhwaL Agama, Datuk Seri Dr Zulkifli yang turut mengatakan perbuatan itu tidak patut dilakukan sewenang-wenangnya kerana bimbang boleh menjatuhkan maruah dan menjurus kepada keadaan yang tidak baik.

ALLAH telah menciptakan manusia sebaik-baik kejadian, jadi tidak perlu ditukarkan dengan cara yang lain. Ini kerana ALLAH telah menetapkan kemuliaan terhadap manusia dari keturunan Nabi Adam dengan pelbagai kelebihan termasuklah akal dan wajah yang mempunyai ekspresi marah, suka, geram, dendam serta sebagainya. Jadi saya nasihatkan agar ia dapat dielakkan daripada menukar wajah dengan wajah-wajah yang lain apatah lagi ada yang menukarkan wajah perempuan kepada lelaki dan sebaliknya.

Sebab itu kalau kita tengok, manusia ini bila dia hidup, dia ada nama tidak seperti ayam, kucing ikan yang tidak ada nama, tetapi manusia ni ada nama seperti Ahmad, Fatimah, Ali, Zainab dan seumpamanya. Ini adalah untuk membezakan antara satu sama lain, jadi apabila kita tukar wajah dengan lelaki ditukar kepada perempuan dan seumpamanya, maka konsep yang sepatutnya kita kenal identiti mereka akan berubah dan merupakan sesuatu yang tidak baik. – Jelas Dr Zulkifli.

Mungkin ada diantara mereka yang tidak dapat menerima pandangan ini kerana sudah terbiasa melakukan perkara yang sebenarnya tidak digalakkan dalam agama dengan alasan ini hanya untuk suka-suka, kenapa perlu terlalu serius.

Tapi kita terlupa yang sebenarnya kita telah menyumbang kepada perkembangan sosial yang kurang baik untuk generasi muda yang mungkin boleh membuat keputusan untuk mengubah jantina.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca yang ikuti perkembangan ini di Facebook Oh! Media.



Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas