Connect with us

Resort Milik UiTM Holdings Akhirnya Terpaksa Ditutup Setelah 30 Tahun

Umum

Resort Milik UiTM Holdings Akhirnya Terpaksa Ditutup Setelah 30 Tahun

Intekma Resort and Convention Centre di Seksyen 7, Shah Alam kini sedang dalam proses menamatkan operasi dan perkhidmatan hospitalitinya. Resort yang diuruskan dan dimiliki UiTM Holding itu juga akan menamatkan semua perniagaan membabitkan penyediaan makanan.

Pengurusannya berkata, penamatan operasi itu ekoran operatornya, UiTM Hospitality Management and Services Sdn Bhd (UHMSSB), berdepan dengan masalah operasi serta kewangan sejak beberapa tahun ini.

“Ia berikutan kemudahan di Intekma yang sudah uzur dan berdepan dengan suasana industri hospitaliti yang sangat kompetitif, terutama di Shah Alam.

Menurut UiTM Holdings Sdn bhd, aset dan kemudahan sedia ada di bangunan 5 tingkat itu akan dijadikan tempat penginapan pelajar bagi UiTM Private Education Sdn Bhd. Akan tetapi, penutupan IRCC tidak akan menjejaskan latihan amali pelajar jurusan perhotelan dan hospitaliti UiTM kerana ia bukannya pusat latihan.

Intekma juga, adalah sebuah syarikat yang ditubuhkan mengikut Akta Syarikat dan beroperasi sepenuhnya sebagai satu entiti komersial.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Trending

To Top