Connect with us

Rentas Sempadan Malaysia-Singapura Dibuka Hari Ini

Oh! Tidak

Rentas Sempadan Malaysia-Singapura Dibuka Hari Ini

Setelah sekian lama ditutup akibat penularan wabak Covid-19, kini rakyat Malaysia dan Singapura boleh merentas sempadan pada hari ini tetapi perlu mematuhi prosedur standard operasi (SOP) ketat yang telah ditetapkan oleh dua negara tersebut.

Walaubagaimanapun, sebanyak 2,060 rakyat daripada kedua-dua negara hanya dibenarkan merentas sempadan pada setiap hari yang bermula hari ini. Menurut laporan Harian Metro, ia akan membabitkan skim Laluan Hijau Timbal Balik (RGL) bagi individu yang dibenarkan merentas sempadan pada pembukaan fasa pertama ini sekiranya terdapat tujuan rasmi antara dan perniagaan penting antara kedua-dua negara.

Bukan tu jer, penduduk Singapura dan Malaysia yang memegang pas imigresen jangka panjang juga dibenarkan merentas sempadan kerana ia dibabitkan dengan skim Peraturan Ulang Alik Berkala (PCA) bagi tujuan pekerjaan memasuki negara itu untuk bekerja dan perniagaan.

Kalau nak tahu, terdapat puluhan warga daripada dua negara terbabit mula berjalan kaki yang kebanyakannya dilihat dalam kumpulan kecil sambil membawa beg pakaian masing-masing sejak pintu sempadan itu dibuka seawal 7 pagi tadi dari arah Singapura ke Johor Bahru dan sebaliknya menerusi tinjauan di Tambak Johor.

OHMEDIA: JANGAN LUPA PATUHI SOP! KITA BELUM MENANG.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.



Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral. Juga memastikan laman media sosial untuk Oh! Media sentiasa berjalan dengan lancar.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

To Top