Connect with us

Oh! Media

Rebah Dan Meninggal Dunia Ketika Sedang Kebumikan Jenazah Sahabat

ohmedia rebahpng

Umum

Rebah Dan Meninggal Dunia Ketika Sedang Kebumikan Jenazah Sahabat

Ajal setiap orang memang tidak akan terlewat walau sesaat pun. Tetapi kisah ini amat menyentuh hati Ohmedia dan semua orang apabila seorang lelaki turut meninggal dunia semasa membantu menguruskan jenazah kawan rapatnya.

Kejadian yang berlaku di Tanah Perkuburan Selat Klang itu amat mengejutkan jemaah yang lain apabila Amran Hassan tiba-tiba rebah ketika sedang memegang tali bagi membantu mengangkat jenazah rakan baiknya, Raja Azri Raja Mansor ke dalam liang lahad.

Mengikut dari apa yang diceritakan oleh jemaah lain iaitu Megat Yunos Megat Haris, dia mengatakan yang sepintas keranda diletakkanm arwah yang berusia 48 tahun dilihat rebah dan tersembam ke tanah berhampiran kubur.

IKLAN

Melihat keadaan itu, jemaah lain yang ada di situ turut memberikan bantuan namun Amran tidak sedar dan kami segera menghubungi ambulans. Arwah mungkin mengalami serangan jantung ketika sedang membantu menguruskan pengebumian Raja Azri, katanya.

Arwah disahkan meninggal dunia akibat masalah jantung kata kakitangan Hospital Tengku Ampuan Rahimah.

Sumber: Berita Harian

+ Baca respon pembaca Oh! Media.


Oh! Youtube



OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas