Connect with us

Sufian Suhaimi, Bunga & Sekumpulan Orang Gila Gegarkan Kampung Penchala Weekend Ini

Branded

Sufian Suhaimi, Bunga & Sekumpulan Orang Gila Gegarkan Kampung Penchala Weekend Ini

realme antara jenama telefon pintar mampu milik yang mempunyai peminatnya tersendiri mengumumkan pelancaran program “realme Trendsetters” secara rasmi tak lama lagi. Program ini menghimpunkan artis dan pereka dalam bidang masing-masing untuk menghasilkan gajet ‘Tech Trendsetters’ yang terbaik. Pergh, terbaiklah.

Gempak giler realme Design Studio ni

Dengan itu, realme telah wujudkan sebuah studio dengan design yang sangat trendy dipanggil, realme Design Studio. Pergh! Bukan kaleng-kaleng realme ni. Macam mana korang tengok uniknya phone mereka, macam tu jugalah studio mereka.

Demi menghasilkan telefon pintar dan produk AloT yang sangat bergaya dan terbaik, realme kumpul kesemua pakar dalam industri ini dekat realme Design Studio tu.

Mereka juga telah membina Smart Trendsetter Life terutamanya kepada golongan muda supaya memupuk diri untuk menggunakan 5G, AI, imej terkini dan UI sebenar. Rugilah kalau dari sekarang tak diterapkan sebab zaman pun dah makin moden.

Port melepak terbaik hujung minggu ni

Kalau korang tau, realme Design Studio ni mempunyai suasana dalaman yang bergaya dan sangat futuristik. Bukan tu jer, korang juga siap boleh datang melepak tau sebab diorang akan adakan realme 828 Fans Festival tak lama lagi dekat sana gais.

realme 828 Fans Festival ni juga adalah hasil kerjasama realme dengan jenama-jenama besar seperti Laneige, Nene Chicken, BaWangChaJi, Sunway Lagoon, Eggette Lab, Nerdunit, Lazada, Shopee dan Kydd (Replayink).

Kalau korang pergi sana pun bukan datang kosong tau sebab ada pelbagai aktiviti best yang korang boleh layan nanti. Menariknya, siap berpeluang untuk memenangi hadiah bernilai sehingga RM100,000 lagi gais. Manalah tahu kot-kot rezeki korang. Pergh! Menang besar.

Artis favourite korang pun ada

Ramai juga artis jemputan yang turut memeriahkan korang nanti dan antaranya iamNEETA, Floor 88, Sufian Suhaimi, Insomniacks dan ramai lagi.

realme 828 Fans Festival ni akan berlangsung dekat realme Design Studio yang beralamat Lot 58370, Jalan Sungai Penchala, Kampung Sungai Penchala, 60000 Kuala Lumpur pada 28 sehingga 30 Ogos ini bermula 10.00 pagi hingga 10.10 malam. Oh ya, pada 30 Ogos tu akan dilanjutkan sehingga 12 tengah malam, alang-alang tu mereka buat countdown merdeka sekali.

Jadi, jangan lupa serbu realme 828 Fans Festival ni nanti untuk majukan diri kita. Mesti syok punya! Untuk maklumat lanjut, korang boleh pergi ke event page rasmi realme 828 Fans Festival dan daftar di sini gais.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Comments

Lagi dalam kategori Branded

To Top