Connect with us

Oh! Media

Realme Bakal Memperkenalkan Smartphone Gaming Terbaru, Menggunakan Cip Pemprosesan Snapdragon 865

Umum

Realme Bakal Memperkenalkan Smartphone Gaming Terbaru, Menggunakan Cip Pemprosesan Snapdragon 865

Realme juga dikatakan akan memperkenalkan smartphone gaming mereka tak lama lagi yang diberi nama Realme X50 Pro Player Edition. Maklumlah sekarang ni dunia gaming tengah trending dan semua syarikat smartphone tengah bersaing mengeluarkan smartphone gaming berspesifikasi tinggi yang memuaskan hati para gamers diluar sana. Smartphone gaming dari Realme ini mungkin akan diperkenalkan pada 25 Mei nanti.

ADVERTISEMENT

Realme X50 Pro Player Edition merupakan variasi bagi X50 Pro dan dikatakan akan hadir dengan skrin 6.44 inci OLED bersama 90Hz refresh rate. Cip pemprosesan’nya pula akan dikuasakan dengan cip Snapdragon 865. Untuk memorinya, ia dikatakan akan hadir dengan LPDDR5 RAM dan UFS 3.1 bagi storan.

Antara spesifikasi penting yang pengguna ingin tahu adalah bateri dan model ini dikatakan akan dilengkapi dengan bateri sebesar 4,200mAh bersama sokongan pengecasan pantas 65W gais. Pergh! Memang laju betul lah kalau 65W tu.

Spesifikasi kameranya pula dikatakan sedikit rendah berbanding X50 Pro. Dah nama pun smartphone gaming, so tak hairan sangat lah aspek kamera ni kan? Janji boleh tangkap gambar pun dah cukup, tapi kalau dah memang built-in kamera dia lawa, memang complete package lah kan. Kamera belakangnya dijangka hadir dengan empat lensa dengan 48 megapixel sensor utama.

Kredit : GSM Arena

+ Baca respon pembaca bakal smartphone gaming Realme di Facebook Oh! Media.



Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas