Connect with us

Oh! Media

Razan, Jururawat Wanita Pertama Dibunuh Zionis Israel

Copy2bof2bw2bi2bn2ba2bt2br2bi2bp2bt2bo2b252812529png

Umum

Razan, Jururawat Wanita Pertama Dibunuh Zionis Israel

Seperti tahun-tahun yang lalu, Zionis Israel pasti akan melancarkan serangannya ke atas bumi Gaza di kala umat Islam sedang menjalankan Ibadah Puasa di bulan Ramadan. Pada tahun ini, nasib yang sama turut menimpa Gaza bumi Palestin dan dunia masih membisu dan tidak mampu membuat apa-apa.
Baru-baru ini, menurut sumber dari facebook Aqsa Syarif ada memaklumkan bahawa sukarelawan MyCARE dibunuh Zionis Israel ketika sedang cuba menyelamatkan mangsa yang cedera.
Razan Ashraf Najjar yang berumur 21 tahun terbunuh akibat ditembak di dada oleh sniper rejim Zionis Israel ketika memberikan rawatan perubatan di perkampungan Khuza’a.
Razan pernah berkata, “Boleh sahaja jika saya hanya bekerja di hospital. Tetapi saya lebih suka untuk berada di barisan hadapan bersama-sama para sahabat saya di lapangan.”
“Setiap hari akan ada yang gugur syahid di Gaza dan mereka itu lebih mulia dari saya. Saya mengharapkan saya juga akan syahid seperti mereka.” katanya.
Tanggal 1 Jun 2018, Allah telah memakbulkan doanya. Beliau gugur sebagai seorang paramedik, seorang wanita yang mempunyai semangat juang untuk menyelamatkan orang lain dan seorang pejuang untuk membebaskan tanah air tercinta.
Razan menjadi sukarelawan sejak Ramadan tahun lepas. Tahun ini Razan bercadang untuk meneruskan kerja-kerja sukarelawan, tetapi Allah lebih menyanyangi Razan.

Oh! Media : Semoga Razan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan terima kasih kerana terus memperjuangkan agama hingga ke saat yang terakhir. Al-Fatihah

IKLAN

Sumber : Aqsa Syarif

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas