Connect with us

Oh! Media

Rasuah Wang Untuk Dapat Projek

20200718 135037 0000png

Umum

Rasuah Wang Untuk Dapat Projek

SOALAN

Boleh dikatakan rasuah adalah perkara yang sering berlaku pada masa kini. Jadi, apakah hukumnya jika kontraktor memberi wang yang diminta oleh pegawai kerajaan supaya projek syarikat kontraktor tersebut diluluskan?

JAWAPAN 

Hukum pegawai kerajaan meminta suatu yang berupa harta dari syarikat kontraktor untuk memenangkan syarikat tersebut mendapatkan kerja adalah haram dan termasuk memakan harta orang secara batil samada yang meminta itu kerjanya melobi pihak atasan meluluskan pojek tersebut untuk syarikat berkenaan atau pegawai itu sendiri yang mempunyai kuasa meluluskan projek.

IKLAN

Ia termasuk dalam perbuatan rasuah komisyen yang pelakunya berdosa besar dan dilaknat oleh Allah dan Rasul-Nya.

Sabda Rasulullah saw :


لَعْنَةُ اللَّهِ عَلَى الرَّاشِي وَالْمُرْتَشِي


Artinya : “Laknat Allah atas pemberi rasuah dan peminta rasuah.” (Hadith Imam Ahmad & Ibnu Majah)

Perkataannya yang mana pemberian wang tersebut adalah hadiah adalah tidak benar kerana hadiah ialah pemberian kerana kasih sayang yang tidak ada mendapatkan apa-apa keuntungan.

Tersebut pada kitab Bahrul Ra’iq :


مَالٌ يُعْطِيهِ وَلَا يَكُونُ مَعَهَا شَرْطٌ وَالرِّشْوَةُ مَالٌ يُعْطِيهِ بِشَرْطِ أَنْ يُعِينَهُ


Artinya : “Hadiah ialah harta yang diberinya yang tidak ada sertanya syarat manakala rasuah ialah harta yang diberinya dengan syarat bahawa mendapat balasannya.”

Oleh itu jelas bahawa pegawai yang meminta wang dari kontraktor untuk meluluskan suatu projek adalah haram dan kontraktor yang menerima projek tersebut juga adalah melakukan kerja yang haram kerana manafikan hak kontraktor lain yang menyertai tender dengan jalan yang bersih.

KESIMPULAN

Perbuatan meminta wang dari kontraktor oleh mana-mana pemimpin atau raja atau exco kerajaan atau wakil rakyat atau pegawai yang mempunyai kuasa meluluskan projek atau mempunyai kuasa melobinya adalah perbuatan rasuah yang dilaknat dan harta yang mereka perolehi itu adalah harta haram yang menyebabkan tidak diterima amal ibadat yang mereka kerjakan.

Wajib atas mana-mana individu yang telah menerima wang rasuah seperti ini memulangkan kembali wang tersebut kepada empunyanya dan bertaubat kepada Allah.

Mana-mana kontraktor yang mendapat projek dengan jalan yang keji ini maka segala keuntungannya adalah haram dan tidak berkat.

Wallahua’lam

Kredit: Ustaz Azhar Idrus


+ Baca respon pembaca rasuah wang untuk dapat projek di Facebook Oh! Media

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Nizar Rahman
Nizar, atau lebih dikenali sebagai Encik Jambu, bukan sahaja seorang penulis berbakat di Oh! Media tetapi juga seorang pelakon dan pengacara. Selain itu, beliau turut memainkan peranan penting dalam menguruskan media sosial, memastikan penjenamaan Oh! Media sentiasa relevan dan berinteraksi dengan pengikut.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas