Connect with us

Oh! Media

Rashidi Mohon Maaf – Bukan Niat Untuk Merahsiakan Perpisahan

fafafpng

Umum

Rashidi Mohon Maaf – Bukan Niat Untuk Merahsiakan Perpisahan

Hubungan pasangan pelakon iaitu Rashidi Ishak dan Vanidah yang timbul persoalan selama ini, akhirnya terjawab Rashidi mengesahkan yang mereka telah bercerai sejak 9 Ogos tahun lalu.

“Dengan rendah hati, saya ingin memohon maaf kerana bukan niat saya untuk merahsiakan perkara ini daripada pengetahuan semua. Sebaliknya, saya sekadar ingin menjaga dan melindungi perasaan, kehidupan dan ruang peribadi keluarga serta teman kedua-dua belah pihak,” katanya menerusi perkongsian di Instagram.

Rashidi turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang memberikan sokongan dan semangat kepada dirinya dan bekas isteri. Punca leburnya hubungan yang dibina sejak 17 tahun turut dikongsi Rashidi.

IKLAN

“Sikap tidak puas hati yang berpanjangan, ditambah dengan sering berasa diri ditindas oleh pemimpin keluarga turut menyumbang kepada perceraian.

“Kesalahan bagi kegagalan dalam mana-mana perkahwinan selalunya diletakkan ke bahu imam. Ia mungkin benar atau tidak. Imam yang baik akan sentiasa bersinar dalam apa juga keadaan. Tetapi, saya pula bukanlah imam sedemikian,” katanya.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas