Connect with us

Oh! Media

“Rasanya Tidak Perlu Penyanyi Jemputan” – M Nasir

Umum

“Rasanya Tidak Perlu Penyanyi Jemputan” – M Nasir

Dah cecah 40 tahun dah Datuk M. Nasir terlibat dalam industri hiburan, so dia nak menghadiahkan kepada peminatnya sebuah konsert solo pada 23 November ni di Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC). Jom korang!

ADVERTISEMENT

Dari dulu lagi sis suka dengar lagu M. Nasir tau. Kita tunjuk lah sikit support kepada penyanyi yang paling legend ni. Lagu lama juga yang paling best untuk dengar, penyanyi pada zaman sekarang dah bersepah dengan lagu entah apa-apa. Betul tak?

Kalau korang perasan setiap konsert yang diadakan memang takkan pernah ada satu artis jemputan pun untuk menyanyi bersama. Ya lah, actually sama je ada artis jemputan atau tak ada. Yang penting, kena buat persembahan dengan hebat…barulah orang suka.

Saya akan menyanyikan 30 buah lagu dalam konsert yang berdurasi 2 jam 30 minit itu nanti. Jika ditanya lagu apa yang akan saya pilih, sebenarnya terlalu banyak. Ada juga yang minta saya nyanyikan lagu-lagu yang pernah saya ciptakan untuk penyanyi lain. Dan akan ada satu sesi untuk itu. Rasanya akan ada sesetengah lagu yang orang pun tak tahu itu saya yang tulis,” katanya kepada Gempak. Rasanya tidak perlu penyanyi jemputan kerana melalui konsertlah saya berpeluang memberi masa dan bertemu dengan peminat saya. Ada atau tidak penyanyi jemputan, rasanya sama sahaja. Konsert M.Nasir tetap berjalan seperti biasa.

Sumber: Astro Gempak

+ Baca respon pembaca Oh! Media.


Oh! Media Wayang


Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas