Connect with us

Oh! Media

Rami Malek dan Agen 007 Daniel Craig Akan Bersemuka Dalam Filem Bond 25

bonfpng

Umum

Rami Malek dan Agen 007 Daniel Craig Akan Bersemuka Dalam Filem Bond 25

Pemegang anugerah Oscar Rami Malek akhirnya disahkan bakal memegang watak penjahat untuk filem ‘Bond 25’ iaitu siri terbaru James Bond.

Apa yang dapat dilihat di Twitter rasmi filem James Bond, mereka juga telah mula mengeluarkan beberapa video dan poster menunjukkan Rami Malek sah menjadi sebahagian daripada keluar Bond.

Walaubagaimanapun, bagi watak agen 007 pula, ia kekal menjadi milik Daniel Craig yang merupakan filem terakhirnya untuk James Bond. Pelakon Lea Seydoux akan terus membawa watak Madeleine Swann dan begitu juga beberapa watak lain yang muncul dalam Spectre antaranya Ben Whishaw (Q), dan Ralph Fiennes (M).

IKLAN


Rami Malek dalam satu ucapan ringkas berkata, dirinya tidak sabar untuk menyertai team penggambaran yang kini berada di Jamaica dan akan berada di beberapa lokasi lain seperti Norway, Itali dan London.

Rami Malek juga berjanji untuk membuatkan Mr Bond tidak senang duduk dengan kehadiran watak jahatnya dalam filem terakhir ini.

Filem yang dijangka bakal ditayangkan pada tahun hadapan 2020 ini bagaimanapun masih mengekalkan working title sebagai Bond 25 dan masih belum ada sebarang tajuk diumumkan buat masa ini.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas