Connect with us

Oh! Media

Rambut Perlu Pendek! Pelajar Tingkatan 1 Buat Tindakan Yang Tak Dijangka

Umum

Rambut Perlu Pendek! Pelajar Tingkatan 1 Buat Tindakan Yang Tak Dijangka

Masa kita sekolah dulu, tak pernah pulak terfikir nak buat petisyen macam ni, haha. Petisyen apa yang Ohmedia maksudkan tu? Aha ni nak kongsi dengan korang satu cerita di mana seorang pelajar tingkatan 1 dikatakan telah mengwujudkan satu petisyen secara atas talian untuk meminda peraturan rambut pendek bagi pelajar lelaki di sekolah.

ADVERTISEMENT

Ala, yang macam korang selalu kena dulu, setiap kali perhimpunan pagi isnin sekolah mesti dah cuak bila kena buat pemeriksaan. Pelajar lelaki bernama Darrel James itu juga dikatakan telah menujukan petisyen tersebut kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Agaknya apa yang diketengahkan oleh Darrel dalam petisyen ini? Jika dilihat dari petisyen tersebut, Darrel mengatakan bahawa peraturan rambut panjang tidak munasabah kerana jika rambut melebihi paras telinga, menutupi dahi dan rambut melebihi paras hidung atau lebih 15 sentimeter dikira melanggar peraturan sekolah.

Selain itu, Darrel juga berpendapat peraturan ini adalah satu diskriminasi kepada pelajar lelaki kerana pelajar perempuan tidak mempunyai masalah untuk menyimpan rambut panjang. Betul juga tu, huhu. Darrel juga merasakan berambut panjang tidak akan mempengaruhi proses pembelajaran.

Tidak cukup dengan itu, Darrel turut memberikan nasihat kepada Kementerian Pendidikan untuk tidak memfokuskan kepada benda yang remeh dan lebih baik memberi fokus untuk memperbaiki persekitaran pembelajaran yang lebih baik. Darrel juga mahu pelajar atau ibu bapa mereka dibenarkan untuk menentukan gaya rambut kerana mungkin ada keluarga yang kurang berkemampuan untuk keluarkan kos memotong rambut setiap bulan.

Jika dilihat dari perkembanga petisyen sebentar tadi, sebanyak 745 orang telah memberikan sokongan dan Darrel meletakkan target sebanyak 1,000 orang. Apa pendapat korang mengenai isu ni? Patut atau tidak kita menyokong membenarkan rambut panjang ke sekolah? Bagi Ohmedia, pelaksanaan rambut pendek ini merupakan salah satu cara untuk mendisiplinkan pelajar dan ia ternyata berkesan dan tidak ada masalah sekiranya ia dilaksanakan.

+ Baca respon pembaca Oh! Media.


Oh! Makan


Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas