Pejam celik pejam celik dah besar dah perut Elfira Loy Ohmedia tengok. Tapi, apa yang mengejutkan ramai peminatnya adalah apabila perut Elfira yang sekarang sedang sarat mengandung tu besar betul sehingga menarik perhatian ramai orang.
ADVERTISEMENT
Perut Elfira yang besar tu dapat dilihat di perkongsiannya di Instagram, dimana gambar itu diambil semasa mengahadiri sebuah anugerah anjuran Herald Global yang melihatkan Elfira menang anugerah Asia’a Most Admired Leaders.
Dari gambar itu, netizen telah mula membuat andaian yang dia bakal melahirkan bayi kembar dan ada juga yang mengucapkan rasa syukur kerana Elfira bakal menimang cahaya kembar.
Bagaimanapun, Elfira dengan pantas menafikan perkara itu, dengan berkata “Big tummy doesn’t meant preggy twins”.
Tidak cukup dengan itu, ada juga netizen yang mengeluarkan segala ilmu didada barangkali apabila meramalkan Elfira bakal melahirkan anak perempuan apabila hanya dengan melihat dari bentuk perutnya.
“Looks like someone gonna have a baby girl,” komen pengikutnya. Elfira sekali lagi tampil membalas komen tersebut. “Syiriklah hahaha,” jawabnya berseloroh.
Tidak kisahlah besar atau kecik, kembar atau tidak, perempuan atau lelaki. Yang penting Elfira dapat melahirkan anak dengan selamat dan ibu dan anak turut sihat.