Connect with us

Oh! Media

Ramai Terkejut! Bayi Perempuan Berkepala Tiga Dilahirkan

Umum

Ramai Terkejut! Bayi Perempuan Berkepala Tiga Dilahirkan

Selalunya kita mendengarkan kisah dan melihat cerita filem yang gemar memasukkan unsur mitos seperti naga berkepala tiga. Tapi hari ini Ohmedia ingin kongsikan satu keajaiban di mana ada seorang bayi telah dilahirkan dengan berkepala tiga. Macam mana agaknya rupa bila manusia berkepala tiga kan? Namun, kejadian macam ni telah membuatkan pakar perubatan turut terkejut.

ADVERTISEMENT

Bayi berkepala tiga ini telah dilahirkan di pusat perubatan di daerah Etah, India, di mana seorang wanita dari perkampungan Pilua telah dimasukkan ke hospital kerana sakit bersalin. Namun, ia ternyata mengejutkan ahli keluarga apabila bayi perempuan terbabit terdapat dua benjolan besar di kepala yang menyerupai kepala yang lain.

Ohmedia memetik laporan Daily Mail, dimana doktor meluahkan rasa terkejut dan hairan kerana kehamilan wanita terbabit adalah normal tanpa sebarang keganjilan atau masalah.

Tapi korang jangan risau, kejadian sebegini memang jarang berlaku, tetapi kita sudah selalu dengar masalah bayi berbadan dua atau berkaki tiga dan ini semua berlaku kerana kegagalan membentuk tubuh badan sepenuhnya sewaktu di dalam kandungan. Jadi, kepada pasangan yang akan melahirkan anak tu, selalulah berdoa yang baik dan meminta agar dikurniakan seorang anak yang sempurna, cukup sifat dan sihat.

+ Baca respon pembaca di Oh! Media.


Oh! Makan


Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas