Connect with us

Oh! Media

Ramai Jadi Mangsa Atas Tindakan Kita – Tun Dr Mahathir Mohamad

Oh! Negara

Ramai Jadi Mangsa Atas Tindakan Kita – Tun Dr Mahathir Mohamad

Tindakan kerajaan menutup beberapa agensi kerajaan telah memberi kesan terhadap pekerja awam yang secara tiba-tiba hilang pekerjaan. Oleh itu, kerajaanakan melihat semula kedudukan sejumlah kakitangan awam yang kehilangan pekerjaan ekoran penutupan agensi kerajaan dalam usaha memberikan keadilan kepada mereka.

ADVERTISEMENT

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kerajaan akan melihat sama ada mereka terlibat atau tidak dalam melakukan kerja-kerja bagi parti politik.

“Memang ramai jadi mangsa atas tindakan kita, kita akan ambil perhatian sebab mereka tak terlibat dalam politik tapi hanya menjadi kakitangan kerajaan,” katanya.

Kerajaan sekarang dikecam hebat dan ia diakui sendiri oleh Tun Maharthir. Bagaimanapun, menurutnya, tindakan menutup agensi itu terpaksa dilakukan kerana ia telah disalah guna kerajaan terdahulu bagi tujuan politik, selain kerajaan ketika ini tidak mempunyai dana untuk mengekalkan agensi tersebut.

“(Kerajaan) tidak boleh teruskan peranan agensi-agensi ini kerana wang datang dari punca tidak diketahui telah digunakan untuk memberi saraan dan hadiah kepada mereka.

“Kita tidak ada wang dan tidak curi wang, jadi hanya bergantung pada pendapatan kerajaan, jadi tak cukup untuk membiayai apa yang dibuat kerajaan lepas,” katanya.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas