Connect with us

Oh! Media

Rakyat Nepal Minta Perdana Menteri Undur Kerana Prestasi Lembap

Umum

Rakyat Nepal Minta Perdana Menteri Undur Kerana Prestasi Lembap

Jumlah kematian mangsa gempa bumi di Nepal pada 25 April lalu dijangka akan terus meningkat kerana usaha-usaha mengeluarkan mayat dari runtuhan masih berjalan sehingga hari ini.  Setakat ini 5,020 kematian dicatatkan dan 7624 orang dilaporkan mengalami kecederaan.

ADVERTISEMENT

Walaupun usaha menyelamat masih dilakukan pihak kerajaan, mangsa-mangsa gempa bumi tersebut menuduh kerajaan kurang memberi perhatian terhadap kerja pemulihan.

Rakyat melakukan tunjuk perasaan di Kathmandu atas sikap sambil lewa kerajaan dalam operasi menyelamat dan memulihkan malah mendakwa Perdana Menteri Sushil Koirala sendiri bertanggungjawab atas prestasi kerajaan yang lembap.

Mangsa-mangsa melaungkan slogan anti-kerajaan dan menuntut tindakan pantas dalam operasi menyelamat ketika Koirala melakukan lawatan di mercu tanda dan bangunan warisan yang dilanda gempa bumi.

“Undur perdana menteri yang tidak cekap”; “Kosongkan kerusi perdana menteri”; “Beri kami bekalan pemulihan segera”, laung sekumpulan kurang daripada 1,000 penduduk yang berhimpun di Istana Basantapur, istana tua Nepal.

“Rumah-rumah kami telah musnah dan kami tinggal di khemah, dan tidak mendapat sebotol air pun dalam empat hari ini sejak gempa,” kata Paramananda Shrestha, seorang aktivis sosial.

Bagaimanapun, kerajaan menafikan ia bersikap sambil lewa dalam operasi pemulihan dan menegaskan ia telah melakukan segala daya untuk menyalurkan bekalan pemulihan semaksimum mungkin kepada mangsa dan mereka yang memerlukan.


“Kami telah menggerakkan segala jentera kerajaan dan telah bekerjasama
dengan organisasi kebangsaan dan antarabangsa serta masyarakat penyumbang,” kata
Dr Minendra Rijal, Menteri Penerangan dan Komunikasi, yang juga jurucakap
kerajaan.

OHMEDIA: Nampaknya bukan rakyat Malaysia sahaja yang tak suka kerajaan. Tapi negara lain pun. 

——————————————————–

https://www.facebook.com/ohperfumenista 
Promosi hebat di Oh! Perfumenista
Hanya RM110 sahaja untuk 2 Perfume. FREE POSTAGE + FREE TESTER
Boleh campur brand
Whatsapp – 0122553390

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas