Connect with us

Oh! Media

(Video) Rakyat Malaysia Dari Wuhan Selamat Tiba Di Klia 2, Ditempatkan Di Pusat Pemantauan

Umum

(Video) Rakyat Malaysia Dari Wuhan Selamat Tiba Di Klia 2, Ditempatkan Di Pusat Pemantauan

Sebanyak 107 rakyat Malaysia, 12 kru, 8 anggota Misi Bantuan Kemanusiaan dan Bencana (HADR) dan 6 pegawai Kedutaan Malaysia dari Beijing telah selamat tiba di Kuala Lumpur International Airport 2 (KLIA 2) pada pukul 5.57 pagi tadi dengan menaiki sebuah pesawat AirAsia AK8264 dari Wuhan, China.

ADVERTISEMENT



Menurut laporan Berita Harian, sebaik sahaja tiba di lapangan terbang, 133 penumpang terbabit telah dibawa ke Unit Kecemasan Udara, KLIA dengan menaiki bas untuk tapisan kesihatan disebabkan penularan Koronavirus yang sedang melanda wilayah di China.



Baki rakyat Malaysia yang masih berada di Wuhan akan dikeluarkan kenyataan rasmi oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dalam masa terdekat ini.



OHMEDIA: OHMEDIA DAPAT LAPORAN BAHAWA SEORANG RAKYAT MALAYSIA SAH POSITIF KORONAVIRUS

Sumber: Berita Harian | Twitter

+ Baca respon pembaca takut koronavirus di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas