Connect with us

Oh! Media

Rakyat Diminta Elak Ke China, 4 Rakyat Malaysia Disyaki Dijangkiti Virus Corona Misteri

Ohmedia2bvirus2bcorona2bmalaysiapng

Umum

Rakyat Diminta Elak Ke China, 4 Rakyat Malaysia Disyaki Dijangkiti Virus Corona Misteri

Adakah kita masih mahu mendiamkan diri? Selepas wabak Influenza, kini negara kita telah menerima empat kes yang disyaki datang dari jangkitan virus corona misteri atau dikenali sebagai 2019-nCoV dan perkara ini disahkan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Virus yang datang dari wilayah Wuhan China ini nampaknya telah mula tersebar di seluruh negara Asean dan kini giliran Malaysia pula. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah turut menyatakan yang 2 pesakit dikesan di Selangor dan 2 lagi kes di Sabah.

Hasil ujian makmal juga menunjukkan 3 orang pesakit disahkan negatif jangkitan virus corona dan seorang lagi masih dirawat di wad isolasi. Akhirnya, Wisma Putra mengeluarkan arahan kepada rakyat Malaysia untuk elakkan sebarang urusan ke Wuhan, China dan lain-lain kawasan yang terlibat.

IKLAN

Keputusan ini diambil berikutan tindakan kerajaan China yang telah menyekat sebarang urusan masuk atau keluar ke wilayah itu dan kini lebih 11 juta penduduk telah dikuarintin.

Sumber: Bernama

+ Baca respon pembaca Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas