Connect with us

Oh! Media

Raheem Yakin Mampu Tumbangkan Liverpool di Etihad

mcisot0411d 8jpg

Umum

Raheem Yakin Mampu Tumbangkan Liverpool di Etihad

Esok akan berlangsung satu perlawanan di antara pendahulu liga Liverpool dan penyandang juara Manchester City dan Raheem Sterling  yakin pasukannya mampu meraih kemenangan penting ini dengan syarat mereka perlu mempamerkan aksi terbaik.

“Jika kami boleh bermain dengan cara kami, kami boleh menewaskan sesiapa saja,” kata bintang England itu. “Ia akan menjadi perlawanan yang hebat dan kami semua tidak sabar untuk mengharunginya.”

City tergelincir daripada pemburuan kejuaraan selepas mengalami kekalahan mengejut kepada Crystal Palace dan Leicester City tetapi mereka bangkit dengan menewaskan Southampton 3-1, Ahad lalu.

IKLAN

“Ia langkah yang besar dan apa yang kami perlukan,” kata Sterling. “Kami mengharungi dua perlawanan yang buruk dan kami tahu kami memerlukan kemenangan untuk menghidupkan peluang dan kami melakukannya.

“Dua keputusan terakhir sukar untuk diterima dan saya fikir kami kembali bangkit dengan cemerlang. Saya fikir kami berhutang kepada diri kami sendiri dan juga sebagai satu pasukan untuk berada di tahap yang kami semua tahu.”

City yang dikendalikan Pep Guardiola memerlukan kemenangan di Stadium Etihad, awal pagi Jumaat untuk merapatkan kembali jurang dengan pendahulu Liga Perdana Inggeris itu kepada empat mata.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas