Connect with us

Oh! Media

Rabbani Ambil Langkah Berani Tubuh Akademi Nasyid Malaysia

Umum

Rabbani Ambil Langkah Berani Tubuh Akademi Nasyid Malaysia

Ramai yang merendukan suara nyanyian kumpulan Rabbani yang dulu selalu menemani kita dengan kata-kata dan nasihat yang baik. Tapi sekarang, mereka masih tetap aktif dan terkini, Rabbani mengambil langkah berani dengan menubuhkan Akademi Nasyid Malaysia (ASIM) dengan bekerjasama Yayasan SAMDE (Sekolah Agama Menengah Darul Ehsan).

ADVERTISEMENT

Berkongsi penubuhan ASIM, anggota kumpulan Rabbani, Azadan Abdul Aziz berkata, ia bagi membuka ruang kepada penggiat seni Islam di negara ini untuk terus berkembang sekali gus memartabatkan semula industri nasyid di Malaysia dan melahirkan generasi baru pencinta nasyid.

“Secara rasminya ASIM akan ditubuhkan awal tahun depan dengan visi untuk menyatukan industri nasyid dan membawa nasyid ke peringkat tertinggi.

“ASIM akan menyediakan khidmat latihan nasyid merangkumi vokal, muzik dan pengurusan acara,” katanya.

Menurut Setiausaha Yayasan SAMDE, Datuk Abu Backer Sidek pula, “Berserta pengalaman yang mereka ada, yayasan yakin segala perancangan akan berjalan lancar. Yayasan juga akan bekerjasama dengan kumpulan nasyid lain seperti Raihan dan Hijjaz untuk ‘meminjam’ kepakaran mereka bagi melatih peserta akademi nanti.

“Pada peringkat awal ini, ASIM akan mencungkil bakat penyanyi nasyid di kalangan pelajar sekolah agama swasta, sekolah rendah dan kebangsaan, seterusnya barulah kita pergi ke peringkat lebih tinggi iaitu Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta.

“Kami akan mengadakan pertandingan nasyid pada peringkat sekolah terlebih dulu dan barulah akan pergi ke peringkat daerah, negeri dan antarabangsa,” katanya.

“Mungkin sampai pada satu peringkat, ASIM akan menjadi tempat rujuan industri tanah air untuk perkembangan nasyid di Malaysia,” jelasnya lagi.

Oh! Media: Sudah tiba masanya untuk kita kembali menaikkan semula suara alunan nyanyian nasyid agar ia dapat diteruskan oleh generasi mendatang.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

30 Hari Paling Trending

Ke Atas