Connect with us

Oh! Media

Qatar Sumbang 1 Juta Riyal Untuk Tabung Dr Mahathir Mohamad

Umum

Qatar Sumbang 1 Juta Riyal Untuk Tabung Dr Mahathir Mohamad

Persidangan Persatuan Pihak-Pihak Berkuasa Anti Rasuah Antarabangsa (IAACA) yang berlangsung semalam hingga 24 Januari ini telah memutuskan bagi melancarkan Tabung Dr Mahathir Mohamad untuk membantu para pegawai yang ditindas ketika menjalankan tugas.

ADVERTISEMENT

Pengumuman yang dilakukan oleh Presiden IAACA, Dr Ali Fetais Al-Marri ketika berucap di Vienna berkata, tabung itu akan mengambil sempena nama Perdana Menteri Malaysia sebagai mengiktiraf usaha Dr Mahathir memerangi rasuah.

Dalam masa yang sama, Negara Qatar juga telah bersetuju untuk menubuhkan  tabung berkenaan dan menyumbang sebanyak 1 juta Riyal Qatar bersamaan RM1.14 juta.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas