Connect with us

Oh! Media

Qadha Solat Witir

Umum

Qadha Solat Witir

ADVERTISEMENT
Soalan:
Saya tertidur pada malam hari dan terlupa solat witir. Adakah boleh saya qadha selepas mengerjakan solat fardhu subuh?
Jawapan:
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. katanya: Rasulullah saw telah bersabda:
إذا أصبح أحدكم ولم يوتر فليوتر 
“Apabila salah seorang kamu sudah berada pada waktu pagi sedangkan belum ia solat witir maka kerjakanlah solat witir.” (Hadith Al-Hakim)
Dan diriwayatkan dari Zaid bin Aslam r.a. Rasulullah saw bersabda:
من نامَ عن وترِه فليصلِّ إذا أصبحَ
“Barangsiapa yang tertidur dari solat witirnya maka kerjakanlah solat tersebut apabila dipagi hari.” (Hadith Tirmizi)
Tersebut pada kitab Nailul Authar :
   الحديث يدل على مشروعية قضاء الوتر إذا فات ، وقد ذهب إلى ذلك من الصحابة علي بن أبي طالب وسعد بن أبي وقاص وعبد الله بن مسعود وعبد الله بن عمر وعبادة بن الصامت وعامر بن ربيعة وأبو الدرداء ومعاذ بن جبل وفضالة بن عبيد وعبد الله بن عباس كذا قال العراقي
ومن الأئمة سفيان الثوري وأبو حنيفة والأوزاعي ومالك والشافعي وأحمد وإسحاق وأبو أيوب سليمان بن داود الهاشمي وأبو خيثمة
“Hadith ini menjadi dalil atas disyariatkan qadha solat sunat witir apabila terluput ia. Dan sungguhnya telah berjalan kepada yang demikian itu daripada para sahabat olih Ali bin Abi Tolib dan Saad bin Abi Waqas dan Abdullah bin Mas’ud dan Abdullah bin Umar dan Ubadah bin Somit dan Amir bin Rabi’ah dan Abu Darda’ dan Muaz bin Jabal dan Fudholah bin ‘Ubaid dan Ibnu Abbas sebagaimana berkata akandia olih Imam Al-Iraqi.
Dan dari kalangan Imam-Imam mujtahid pula ialah Sufyan At-Thauri dan Abu Hanifah dan Al-Auza’i dan Malik dan Syafie dan Ahmad dan Ishaq dan Abu Ayyub Sulaiman bin Daud Al-Hasyimi dan Abu Khaisamah.” 
(Kitab Nailul Authar Juz 3 m.s. 59)
Sebahagian ulamak menyebut selama belum menunaikan solat fadhu subuh maka harus qadha solat witir tersebut manakala sebahagian ulamak tidak mensyaratkan sebelum solat fardhu subuh maka jika diqadha selepas solat fardhu subuh adalah harus.
Wallahua’lam. 

+ Ustaz Azhar Idrus (Original)

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas