Connect with us

Oh! Media

Qadha Solat: Wajibkah Dilaksanakan Segera?

Umum

Qadha Solat: Wajibkah Dilaksanakan Segera?

SOALAN:
Jika seseorang itu ada meninggalkan solat fardhu yang lima waktu adakah wajib dia qadha dengan segera atau boleh dia qadha kemudian?

ADVERTISEMENT

JAWAPAN:
Jika solat tersebut ditinggalkan tanpa uzur seperti sibuk dengan bermain atau bekerja atau seumpamanya maka perbuatannya itu adalah satu maksiat dan dosa besar dan wajib qadha dengan segera.

Jika ditinggalkan sebab uzur syarak seperti terlupa atau tertidur maka dia tidak berdosa dan sunat diqadha dengan segera tidak berdosa jika dia lambatkan qadha.

Sabda Nabi saw:

من نسى صلاة فليصلها إذا ذكرها لا كفارة لها إلا ذلك
“Barangsiapa yang meninggalkan satu solat maka hendaklah dia kerjakannya apabila ingat ia, tidak ada kafarah baginya melainkan dengan menunaikannya.” (Hadith Bukhari)

Berkata Syeikh Athiyah Saqr:

اتفق الأئمة الأربعة على أن قضاء الصلاة الفائتة واجب على الفور إذا فاتت بغير عذر، واستثنى الشافعية من الفورية ثلاث حالات، الأولى إذا تذكر الفائتة وقت خطبة الجمعة فإنه يجب تأخير القضاء حتى يصلى الجمعة، والثانية إذا ضاق وقت الحاضرة، بحيث لا يسع القضاء مع الحاضرة، والثالثة إذا تذكر الفائتة بعد شروعه فى الصلاة الحاضرة.
أما إذا فاتت الصلاة بعذر، فالأئمة الثلاثة على أن القضاء واجب على الفور أيضا، والشافعية قالوا: القضاء واجب على التراخى.

“Dan telah sepakat imam-imam mazhab yang empat atas bahawasanya qadha solat yang luput itu wajib dengan segera apabila luput ia tanpa uzur syarak. Ulama’ mazhab Sayfie mengecualikan dari wajib segera qadha itu pada tiga keadaan:

1. Apabila teringat ia akan solat yang luput itu ketika khutbah jumaat maka wajib ia lambatkan qadha sehingga selesai solat jumaat.

2. Apabila telah sempit waktu yang tunai dengan sekira-kira tidak muat solat qadha serta solat tunai.

3. Apabila ingat ia akan solat yang luput itu ketika dalam solat.

Ada pun apabila meninggalkan solat sebab uzur maka imam mazhab yang tiga berpendapat wajib juga qadha dengan segera manakala mazhab Syafie berkata dengan wajib qadha tapi bukan dengan segera.” (Himpunan Fatwa Negeri Mesir)

Wallahua’lam.

Oleh: Ustaz Azhar Idrus
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media


Oh! Makan


Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas