Connect with us

Oh! Media

Qadha Solat Subuh Di Belakang Imam Solat Zohor

Umum

Qadha Solat Subuh Di Belakang Imam Solat Zohor

SOALAN:
Adakah sah seorang yang mengerjakan qadha solat subuh di belakang imam yang solat zohor?

ADVERTISEMENT

JAWAPAN:
Berkata Imam Nawawi:

من شروط صحة الاقتداء: توافق نظم الصلاتين في الأفعال والأركان؛ قال: [فلو اختلفت صلاتا الإمام والمأموم في الأفعال الظاهرة، بأن اقتدى مفترض بمن يصلي جنازة، أو كسوفًا، لم تصح على الصحيح، وتصح على الثاني، وهو قول القفال … أما إذا اتفقت الصلاتان في الأفعال الظاهرة فينظر: إن اتفق عددهما كالظهر خلف العصر أو العشاء جاز الاقتداء، وإن كان عدد ركعات الإمام أقلَّ كالظهر خلف الصبح جاز، وإذا تمت صلاة الإمام، قام المأموم وأتمَّ صلاة نفسه كالمسبوق، ويتابع الإمام في القنوت، ولو أراد مفارقته عند اشتغاله بالقنوت جاز، وإذا اقتدى في الظهر بالمغرب وانتهى الإمام إلى الجلوس الأخير، تخير المأموم في المتابعة والمفارقة كالقنوت، وإن كان عدد ركعات المأموم أقل كالصبح خلف الظهر فالمذهب جوازه، وقيل: قولان؛ أظهرهما: جوازه. والثاني: بطلانه. فإذا صحَّحنا وقام الإمام إلى الثالثة تخيَّر المأموم: إن شاء فارقه وسلَّم، وإن شاء انتظره ليسلِّم معه، قلت: انتظاره أفضل، والله أعلم] اهـ.

“Setengah dari syarat sah mengikut imam ialah bersamaan bentuk kedua solat tersebut pada perbuatan dan rukunnya.

Maka jikalau bersalahan kedua solat imam dan makmum pada perbuatan yang zahir dengan bahawa yang solat fardhu mengikut imam solat jenazah atau imam solat gerhana nescaya tidak sah ia menurut pendapat yang sahih dan bersalahan dengan Al-Qaffal.

Ada pun apabila bersamaan kedua solat imam dan makmum pada segala perbuatan yang zahir maka hendaklah ditilik: Jika bersamaan bilangan rakaatnya seperti makmum solat zohor di belakang imam yang solat asar atau isyak nescaya sah ikutan tersebut.

Dan jika bilangan rakaat imam lebih sedikit seperti makmum solat zohor di belakang imam solat subuh nescaya sah. Dan apabila imam selesai solat bangunlah makmum menyempurnakan solat dirinya seperti orang masbuk dan hendaklah ia mengikut imam pada bacaan qunut dan jika makmum mufaraqah ketika imam membaca qunut adalah harus.

Dan apabila makmum solat zohor di belakang imam solat maghrib dan sampai imam pada duduk tahiyat akhir maka makmum boleh memilih samada mengikut imam atau mufaraqah seperti masalah qunut.

Dan jika bilangan rakaat makmum lebih sedikit seperti makmum solat subuh di belakang imam solat zohor maka menurut pendapat mazhab ianya adalah harus.

Dan kata setengahnya ada dua pendapat. Pendapat yang azhar ialah harusnya dan pendapat yang kedua ialah batal. Maka apabila kami berkata akan sahnya dan berdiri imam kepada rakaat ketiga maka makmum boleh memilih untuk mufaraqah jika dia suka. Dan jika dia hendak terus berjemaah hendaklah makmum itu menunggu di dalam tahiyat akhir supaya salam bersama dengan imam. Aku berkata: Menunggu imam itu adalah lebih afdhal. Wallahua’lam.” (Raudhatut Thalibin jlid 1 m.s. 367)

Kesimpulannya bagi yang bertanya maka makmum yang solat qadha subuh di belakang imam yang solat zohor itu harus dia menunggu imam di dalam tahiyat akhir kerana imam bangun untuk dua rakaat lagi kemudian salam dia bersama dengan imam.

Wallahua’lam.

Oleh: Ustaz Azhar Idrus
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media


Oh! Makan


Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas