Connect with us

Oh! Media

Puteri Balqis Tepis Tuduhan Kata Ibunya Penagih Dadah

Umum

Puteri Balqis Tepis Tuduhan Kata Ibunya Penagih Dadah

Kita kembali dengan kisah hidup adik Puteri Balqis dan kontroversi yang menimpa dia dan ibunya sekarang. Kisah adik Balqis ni mula mendapat perhatian netizen apabila tersebar video sudutan yang dikeluarkan program Bersamamu terbitan TV3 dan sejak itu ia telah menimbulkan banyak persoalan dan walaupun persoalan ini sudah dijawab, timbul pula andaian dan fitnah dari kalangan netizen.

ADVERTISEMENT

Terbaru, ada pula yang mengatakan ibunya seorang penagih dadah dan ini ditepis sepenuhnya adik Aqish melalui posting di Instagram miliknya. Aqish dilihat mempertahankan ibunya Norashikin Mohd Aziz dengan satu catatan yang panjang lebar.

Ini semua bermula dari kenyataan Nabila Huda di Twitter yang mempersoalkan tanggungjawab ibu dan bapa Aqish. Aqish pada mulanya tidak faham persoalan yang diberikan Nabila kerana tak mempunyai Twitter, namun sedih apabila berita ini mula tersebar.

Buat auntie Nabila, Aqish minta jangan dipersoalkan mengenai ibu. Laman media bukan untuk itu. Kami juga pernah melakukan kesalahan seperti itu, tapi kami cuba berubah. Kenyataan auntie (Nabila) mengapa dibiarkan Aqish berjalan ke Kuala Lumpur, ini jawapan Aqish buat mereka yang hanya mendengar tetapi tidak menyelami. Hanya menuduh tetapi tidak menyelami. ika auntie (Nabila) hendak salahkan orang lain, tidak mengapa. Tapi jangan disebut atau disalahkan ibu Aqish. Mana kawan? Mana keluarga? Mereka juga punya masalah tapi berbeza. Ketika auntie (Nabila) dan anak (Keisha Laila) kemalangan dulu, jika ditakdirkan anak auntie mengalami sesuatu yang kurang baik dan memerlukan puluhan atau ratusan ribu ringgit, duit berjuta pun boleh habis demi menyelamatkan nyawa seorang anak. Syukur auntie dan anak diberi peluang sakit ketika itu sahaja. Bukan seperti saya yang menderita sakit bertahun-tahun lamanya. Ibu menjadi satu-satunya saksi kepada keperitan yang dilalui. – Tulis Aqish.

Ini pula jawapan Aqish mengenai tuduhan ibunya terjebak dengan najis dadah.

Saya anak orang biasa dan tahu apa itu dadah. Kadang-kadang pada waktu pagi kami berjalan, sering ditahan polis tetapi syukur, ibu saya dilepaskan kerana tidak mengambil dadah. Memang fizikal ibu saya kurus kerana selalu tak makan, tak cukup tidur dan murung. Ketika saya sakit, waktu tidurnya pun tak menentu dan sering pengsan. Macam-macam rancangannya cuba hendak menjatuhkan ibu tapi akhirnya dapat dihidu. – Jawab Aqish.

Dalam pada itu, Nabila Huda turut menjawab semula yang persoalannya sebelum ini hanyalah persoalan dan ingin tahu. Bagaimanapun Nabila tidak mahu memberikan komen lagi kerana takut ada pihak yang salah faham.

Sumber: Berita Harian

+ Baca respon pembaca Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas