Connect with us

Oh! Media

Puteri Balqis Sudah Boleh Berlari

aqish 3jpg

Umum

Puteri Balqis Sudah Boleh Berlari

Selepas berita mengenai keadaan kesihatannya menjadi perhatian, pelakon cilik berbakat besar, Puteri Balqis berkongsi keadaan terkini dirinya menerusi siaran langsung di Instagramnya.

Pelakon yang pernah memenangi trofi Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Skrin 2014 ini kelihatan gembira beriadah di taman permainan.

“Aqish dah sihat sikit, dah boleh lari-lari dan dah makan. Nanti doakan supaya Aqish lebih sihat ya,” ujarnya yang turut menunjukkan rambut terkini yang sudah dipotong pendek ke paras bahu.

IKLAN

Kisah Balqis mendapat perhatian ramai apabila dia memuat naik sekeping gambar menerusi akaun Instagram bersama tanda pagar #fightcancer.

Ibu Balqis, Norashikin Mohd Aziz memaklumkan kepada mStar Online, anaknya kini sedang mendapatkan rawatan pakar.

Dia juga mengharapkan keadaan Balqis kembali pulih dan akan berkongsi berita baik dengan peminat.

Sebelum ini, menerusi laporan portal berita, Norashikin telah mengesahkan anaknya menghidap kanser.

Balqis mengalami demam berpanjangan pada Mei di samping kerap muntah dan disahkan mempunyai masalah jantung.

Oh! Media: Semoga adik aqish terus bersemangat dan ceria selalu.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas