Connect with us

Oh! Media

Pusat Ibadat Ajaran Syiah Di Selangor Dikatakan Semakin Banyak

ohmedia2bsyiah2bselangorpng

Umum

Pusat Ibadat Ajaran Syiah Di Selangor Dikatakan Semakin Banyak

Terlalu banyak berita mengenai virus corona misteri yang melanda China, jadi apa kata kita lihat pula virus yang sebenarnya semakin membiak di Malaysia pula. Ohmedia tertarik dengan laporan yang dikeluarkan Sinar Harian yang menyatakan pengaruh ajaran syiah semakin kuat di Malaysia dan ini dapat dilihat apabila tempat ibadat mereka semakin banyak dinaikkan di beberapa lokasi sekitar Selangor.

Wow! Senyap-senyap diorang buat kerja ya. Datuk Mohamed Khusrin Munawi yang merupakan Pengerusi MAIS turut mengakui cabaran bagi menangani isu ini semakin besar dan penularan ajaran sesat ini amat membahayakan masyarakat Malaysia.

Menerusi pemerhatian yang dijalankan, dianggarkan terdapat berbelas hauzah ditubuhkan pengikut ajaran ini di sekitar Selangor. Dulu hanya ada dua tiga hauzah sekitar Gombak, Puchong dan Klang, namun kini semakin bertambah. Kalau pusat ibadat mereka dah bertambah, maksudnya jumlah pengikutnya juga turut bertambah. Kita memang ada pasukan khas di peringkat JAIS dan MAIS yang pergi ke masjid dan surau bagi memberi penerangan kepada masyarakat tentang bahayanya ajaran syiah ini. Syiah bila ramai dan kuat akan datangkan masalah kepada kita. Sebab itu kita kena cegah dari sekarang. – Katanya.

Siapa sebenarnya yang menjadi dalang bagi penyebaran ajaran ini? Bagi Ohmedia, pasti ada gerakan dan pihak tertentu yang berusaha menimbulkan kekeliruan masyarakat Islam. Semoga kita semua dilindungi dari perkara sebegini.

IKLAN

+ Baca respon pembaca Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas