Connect with us

Oh! Media

PUBG Sudah Mula Dibuka Untuk Jutaan Pemain PlayStation 4

Umum

PUBG Sudah Mula Dibuka Untuk Jutaan Pemain PlayStation 4

PUBG Corporation (PUBG Corp.) hari ini melancarkan PLAYERUNKNOWN’S BATTLEGROUNDS (PUBG) untuk sistem hiburan komputer PlayStation®4 (PS4™). PUBG merupakan sebuah pengalaman battle royale yang padat dengan aksi di mana 100 orang pejuang bermain merentasi pelbagai jenis lokasi. Dengan permulaan yang hanya dibekalkan kecerdasan masing-masing, para pemain harus mencari senjata, barang-barang keperluan dan kenderaan sambil bertempur untuk mengatasi pihak lawan untuk menjadi pemain atau skuad terakhir yang bertahan. PUBG boleh didapati di kedai-kedai yang mengambil bahagian dan di PlayStation®Store bermula pada harga RM111.00.

ADVERTISEMENT

“Mulai hari ini, PUBG terbuka kepada puluhan jutaan pemain PlayStation 4, dan ini merupakan peristiwa penting buat kumpulan global kami,” kata Richard Kwon, Ketua Pegawai Pemasaran, PUBG Corp. “Di samping mengalami permainan kami buat kali pertama, komuniti PlayStation turut dapat menantikan kandungan-kandungan akan datang, seperti peta Vikendi baru kami.”

PUBG di PS4 mengetengahkan permainan Battle Royale ke pelantar Sony, lengkap dengan barisan peta-peta terkenal ketika waktu pelancaran: Erangel, Miramar dan Sanhok, diikuti dengan Vikendi tidak lama lagi. PUBG telah ditambahbaikkan bagi sistem-sistem PlayStation®4 Pro, yang membolehkan peningkatan prestasi, seperti kualiti grafik yang lebih baik. Selain itu, para pemain boleh juga menyambut pelancaran ini dengan melog masuk ke dalam permainan tersebut untuk menerima sebuah skin payung terjun “Pixel Art” yang eksklusif kepada PS4.

Vikendi, peta musim sejuk 6×6 baru kami, telah diumumkan pada The Game Awards 2018. Peta tersebut menggabungkan keterujaan peta Santok dan ketegangan peta Erangel. Tapak kaki para pemain boleh meninggalkan kesan yang boleh dijejaki si pemburu. Para pemain juga boleh menewaskan pasukan lawan dengan senapang G36C baru atau menerokai landskap sejuk beku dengan menggunakan kereta salji. Pelayan-pelayan Ujian PC Vikendi kini boleh digunakan, membolehkan para pemain untuk mengalami peta tersebut sebelum pelancaran rasmi pada 19hb Disember. Para pemain PS4 dan Xbox One akan dapat mengakses Vikendi pada pelantar masing-masing mulai Januari nanti.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.pubg.com.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas