Connect with us

Oh! Media

PUBG Akan Menghalang Pemain Bermain Melebihi 6 Jam

Umum

PUBG Akan Menghalang Pemain Bermain Melebihi 6 Jam

Selepas pemainan PUBG Mobile diharamkan di beberapa bandar India, kini PUBG India sedang giat membawakan cara permainan yang lebih sihat apabila mereka bakal mengehadkan tempoh waktu permainan bagi pemain dibawah umur di India.

ADVERTISEMENT

PUBG India juga sedang mengkaji tentang isu pengharaman yang dilakukan pihak berkuasa tempatan India dan berharap dapat memberikan penjelasan dengan lebih baik kepada pihak berkuasa mengenai objektif permainan PUBG Mobile dan membawakan permainan yang lebih sihat.

Peringatan kesihatan itu akan diberikan sekiranya pemain bermain pada tempoh 2 jam dan akan menghentikan permainan pada tempoh 4 jam seterusnya.

Sekiranya pemain bermain melebihi 6 jam, PUBG juga akan menghalang pemain memasuki permainan hingga 24 jam seterusnya.

PUBG Mobile juga berkata, pihak mereka memberi jaminan bahawa mereka berada di pihak pemain dan akan berusaha sebaik mungkin untuk mencari penyelesaian yang munasabah sekiranya dengan mengehadkan masa permainan cukup untuk membatalkan larangan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa.

Oh! Media: Walaupun ianya mungkin tidak dilaksanakan di Malaysia, namun pemain-pemain haruslah pandai membahagikan masa, kerana tempoh masa 6 jam hanya untuk bermain permainan video adalah tidak baik dan melalaikan.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.


Oh Media Gaming atau lebih dikenali dengan panggilan OMG merupakan sebuah lagi produk Oh! Media yang ditubuhkan atas dasar minat kami dalam dunia permainan video dan demi menyahut seruan dalam memajukan Sukan Elektronik (e-Sport) di Malaysia.

Banyak yang disediakan OMG hanya untuk korang merasai sendiri pengalaman bermain permainan elektronik seperti Playstation 4, Nintendo Switch, Xbox, Racing Simulator, NesClassic dan banyak lagi.

So, korang yang belum lagi sampai OMG tu boleh terus search Google Maps atau Waze “Oh Media Gaming” dan ikuti kami di Facebook Oh Media Gaming – OMG dan Instagram @ohmediagaming.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas