Connect with us

PU Abu Dan Isteri Sudah Berpisah? Ini Jawapan Hana Azraa!

Oh! Artis

PU Abu Dan Isteri Sudah Berpisah? Ini Jawapan Hana Azraa!

Baru-baru ini, Ohmedia ada meninjau Instagram isteri kepada PU Abu iaitu Hana Azraa. Apa yang lebih mengejutkan adalah beliau mendedahkan status rumahtangga bersama suaminya itu sudahpun berakhir!

Agak panjang juga lah kapsyen yang dia tulis dekat Instagram dia, @hanaazraa tu. Menerusi posting tersebut, dia tidak mahu mana-mana pihak membuat sebarang spekulasi mengenai status hubungannya kerana mereka sudah tidak lagi tinggal sebumbung dan bukan lagi suami isteri.

Sumber: Astro Gempak

Bukan tu jer, dia juga meminta supaya orang ramai untuk menghentikan bertanya mengenai hubungan PU Abu dengan mana-mana wanita sama ada berstatus isteri ataupun tidak. Jadi, lebih baik korang tanya PU Abu terus.

Di sini, saya perjelaskan untuk semua supaya tiada lagi tanda tanya dan sebarang spekulasi serta manipulasi dari mana-mana pihak. Pertama sekali, benar saya dan Abu Sufyan sudah tidak mempunyai apa-apa hubungan, kami tidak lagi tinggal sebumbung dan kami bukan lagi suami isteri. Andai keluar dari mulut dia bahawa kami masih suami isteri, saya tak tahu kenapa kerana apa yang pasti dia tahu apa yang berlaku dan setiap perkataan yang diucap keluar dari mulutnya. Keduanya, berhenti bertanyakan pada saya soal hubungan Abu Sufyan dengan mana-mana wanita, sama ada wanita itu berstatus isteri beliau ataupun tidak, sila bertanyakan pada tuan empunya badan, tolong ya.

Menurut pandangan Ohmedia, korang tak perlulah nak kecam orang lagi dah. Bukan apa, satu sebab kita timbulkan fitnah dan boleh dapat dosa. Kedua, biarlah Allah yang tentukan hukuman untuk hambaNya. Lebih baik kita buat hal sendiri. Banyak lagi benda kita kena kejar terutamanya pahala dan amalan untuk dibawa ke akhirat nanti.

OHMEDIA: SEMOGA HANA TABAH MENGHADAPI UJIAN DAN DUGAAN INI.

Sumber: Instagram | Astro Gempak

+ Baca respon pembaca beri semangat di Facebook Oh! Media.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral. Juga memastikan laman media sosial untuk Oh! Media sentiasa berjalan dengan lancar.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

To Top