Connect with us

Oh! Media

Proton X70 Masuk Parit – Empat Beranak Terselamat

Umum

Proton X70 Masuk Parit – Empat Beranak Terselamat

Baru sebulan ia dilancarkan, Proton SUV X70 telah dilaporkan terlibat dalam 1 kemalangan apabila kenderaan yang dinaiki empat beranak itu terbabas sendiri ke dalam parit dalam kejadian Jalan Keretapi Lama pagi tadi.

Kesemua mangsa dilaporkan selamat dalam kejadian pada jam 11 pagi itu dan dua daripada mangsa iaitu pemandu wanita dan anaknya berusia 13 tahun hanya cedera ringan.

Ketua Polis Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd. Salleh berkata, siasatan awal menerusi panggilan telefon daripada pemilik kenderaan itu mendapati SUV itu dipandu isterinya dan disertai tiga lagi anak mereka.

Katanya, semasa kejadian empat beranak itu dalam perjalanan ke Tok Muda dari Jalan Keretapi Lama.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian kenderaan tersebut terbabas ke dalam parit.

“Pemandu kenderaan itu mengalami pendarahan di kelopak mata dan seorang anak lelaki berusia 13 tahun cedera di kaki,”katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Insiden tersebut menjadi tular di laman sosial aplikasi WhatsApp dan Facebook berikutan ini adalah kali pertama kemalangan melibatkan Proton X70 sejak dilancarkan secara rasmi 12 Disember tahun lalu.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Trending

To Top